Friday 31 May 2013

BERSEDIA MENGHADAPI MATI

pic: google

Jalan untuk menyelamatkan diri daripada azab kubur tebuka luas semasa manusia hidup di dunia. Jalan itu ialah zikrullah dan zikrulmaut iaitu sentiasa ingat kepada Allah s.w.t. dan sentiasa ingat kepada mati. Orang yang ingat kepada Allah s.w.t. akan sentiasa taat kepada suruhan dan meninggalkan larangannya, melakukan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar serta sentiasa memohon ampun dan bertaubat kepada Allah s.w.t.

Ingatan yang berterusan kepada Allah s.w.t. diikuti ingatan kepada mati menjadikan kita sentiasa bersedia dan membuat persediaan untuk menghadapi kematian dan kehidupan selepas mati. Rasulullah s.a.w. menggalakkan umatnya mengingati mati, sabdanya :

Banyak-banyaklah kamu mengingati terputus kelazatan (hidup) iaitu mati (Rawahul Tarmizi )

Antara cara mengingati mati dan persediaan untuk menghadapinya :
  1. Menziarahi orang sakit yang menghadapi sakaratul maut
  2. Menziarahi kubur
  3. Ingat umur yang masih berbaki dan yang telah dilalui
  4. Ingat pada siksa kubur, huru hara kiamat dan azab neraka
  5. Ingat keseorangan di dalam kubur
  6. Meningkatkan amal soleh bagi meningkatkan takwa
  7. Memperbanyakkan sedekah dan amal jariah
  8. Mengawal runtunan nafsu amarah, tamak dan melampaui batas hukum Allah dan perikemanusiaan
  9. Sentiasa muhasabah diri, bertaubat dan meningkatkan amal soleh
  10. Berdoa kepada Allah semoga mudah menghadapi sakaratul maut
Sumber :  Sinar Jimit Sdn Bhd

Sekiranya berlaku kematian, selain daripada ziarah dan memberi ucapan takziah kita perlu menzahirkan raut wajah yang menggambarkan kesedihan seperti orang lain bersedih, tidak ketawa, mengurangkan perbualan, banyakkan berzikir, membaca al quran, berdoa untuk si mati serta bersedekah kepada anak-anak yang ditinggalkan. Realiti kini?? rasa sedih sudah tiada dikalangan mereka yang menziarahi jenazah sebaliknya perbualan dan gelak ketawa walaupuan semasa di tanah perkuburan...betul tak? renungan untuk aku dan juga kamu..

12 comments:

  1. sangat sedih dan rugi kan kalau berlaku kematian apatah lg mlibatkn ahli kluarga sdiri tp kita butakan mata hati dan tidak ambil ikhtibar atas kematian mereka itu....

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana mengingatkan.. yang no.5 paling takut, macam mana la tinggal seorang diri di alam sana ya? kat dunia pun dah rasa takut jika ditinggalkan sorang2..

    ReplyDelete
  3. kita selalu lalai mengingati benda ni... kita bukan hidup sribu tahun~~ thanks atas ingtan :)

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum ipah.

    Cuba juga kita tnya pda diri sndiri, sbg pengguna alam maya, adakah kita juga buat persiapan menghadapi kematian?

    Ada tidak gmbr2 kita yg bertebaran, yg tidak boleh ditayangkan sbnrnya? Atau mungkin ada bhasa2 yg kurg menyenangkan?

    Renungan buat semua..

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang amat baik..insaf dah nih huhu

    ReplyDelete
  6. saya takut tak bersedia lagi..huhu..mati bila2 ja boleh..nyawa bisa ditarik bila2 masa ja..takut

    ReplyDelete
  7. bila difikirkan,takutnya menghadapi kematian. tapi fikir2 balik, amalan tak banyak. T_T

    Muhasabah.

    ReplyDelete
  8. Subhanallah, thanks atas peringatan yang sangat bermanfaat. Muhasabah diri di malam hari. :")

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..prkongsian yg sngt mnrik, muhasabah dri sndri, hmm bila terbygkn siksa kubur..subhanallah..berdebar je rsa

    ReplyDelete
  10. betul tu.. alangah terkejutnya tgk org lebih suka bersembang ketika talkin dibacakan

    ReplyDelete