Sunday 31 March 2013

JOM MINUM CENDOL

Panas tengahari basahkan tekak dengan minum cendol...amacam??? 


Setiap kali balik Pontian, cendol kat kedai mamak nie lah aku selalu singgah. Daripada aku budak2 sampailah sekarang memang nie lah port wajib aku untuk minum cendol. Kalau kat JB plak, cendol Mohd Zin (dekat dengan Giant Southern City). Dua tempat nie favourite aku. Cendol mamak tak banyak pilihan, original cendol tapi kalau kat Mohd Zain cendol memang banyak pilihan. Cendol jagung ada, cendol pulut ada, cendol tapai ada, cendol abc ada, cendol black pearl ada...ehh macam2lah...




Terasa lemak santan dan gula melaka. Dah puas minum cendol nak jalan2...esok aku cuti...yeayyy2


Saturday 30 March 2013

BYE BYE AJIB...

Alhamdulillah...pagi tadi dapat hantar adik aku dekat Stadium Pontian. Sampai sana pukul 8 lebih terus daftar. Pukul 11 baru bas bergerak ke Kem PLKN Putra Putri Alor Gajah. 

Tengok muka adik aku macam happy tapi tak tahulah dalam hati. Abah je yang sedih sangat, maklumlah tak pernah berpisah dengan anak bongsu dia. Lepas nie sunyilah rumah, mak dengan abah tinggal berdua je...
.




Gambar sekitar pick up point tadi

Semoga adik aku dapat menyesuaikan diri dengan tempat baru & kawan2 baru. Semoga lebih berdikari lepas nie...

* Dia baru mesej aku tanya boleh tak sidai baju malam2 ..adess budak nie tu pun nak tanya...huhu...*

Friday 29 March 2013

SEGMEN : 300 BLOGGERS


Segmen by Paly...
Segmen ke 2 yang aku join sejak berblogging...
Jom ramai2 kita memeriahkan segmen nie...


Klik banner kalau nak join ye syg...

PLKN DALAM KENANGAN



Esok adik bongsu aku akan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kumpulan 2 siri 10/2013 dekat Kem PLKN Putra Putri Alor Gajah Melaka. Malam tadi dia call aku tanya macam mana nak basuh baju guna tangan. Hahaha...amik kau adik. Belajarlah basuh baju. Selama nie guna mesin basuh pun tak pernah buat, harapkan mak je kan. Lepas nie kenalah belajar berdikari. 

Dalam adik beradik aku yang seramai 4 orang, hanya adik yang nombor 2 je tak terpilih untuk menyertai PLKN. Teringat ketika aku nak sertai PLKN dulu. Masa tu tahun 2004. PLKN baru diperkenalkan dan aku terpilih sebagai peserta siri 1/2004. First batch. Kira aku nie paling seniorlah berbanding adik2 semua...hehe...

Pick up point dekat stadium Larkin. Abah hantar aku dekat situ jek. Masa tu pendaftaran agak kelam kabut. Awal pagi dah sampai pick up point, tengahari baru bas bergerak. Aku ditempatkan dekat Rachardo Bay, Tanjung Tuan Port Dickson. Rasanya kem nie dah tak beroperasi lagi sekarang. 

Zaman aku dulu tak macam sekarang. Adik2 sekarang kira bertuah sebab mutu dan aktiviti PLKN dah semakin baik. Tempat tinggal pun dah semakin elok.


Nie gambar pemandangan sekitar kem aku. Best sebab berdekatan pantai. Pagi2 kalau jogging memang jurulatih akan bawa berjogging di sekitar pantai. Dulu aku tidur dalam khemah. Takda dorm, takde tilam. Yang ada katil kanvas. Waktu panas memang panas. Waktu hujan dan ribut masing2 siap sedia pegang tiang khemah takut khemah terbang melayang. Lagi2 kedudukan geografi yang berhampiran pantai.


Nampak tak katil aku? Katil ala2 stretcher gitu. Sakit juga badan bila tidur malam. Yang cun2 tu semua camp mate aku P16. 4 orang saja dapat dikesan. Yang lain aku tak tahu dekat mana diorang. 

Seronoknya dekat PLKN sebab dapat buat macam2 aktiviti seperti kawad kaki, abseiling, flaying fox, tempur tanpa senjata, berkayak, wirajaya dan macam2 lagi. Cuma zaman aku takda latihan pengendalian senjata colt M16. Untunglah adik2 sekarang dapat belajar menembak. 

Yang untungnya zaman aku, kiteorang dapat merasa duduk dekat IPTA. Lepas sebulan dekat kem (modul fizikal) aku ditempatkan pulak dekat IPTA selama 2 bulan untuk modul kenegaraan, pembinaan karektor & khidmat komuniti. Pernah gotong royong sekitar Sg Ramal, Cheras, Pasar borong Selayang. Best...


Apa pun pengalaman menyertai PLKN sesuatu yang menyeronokkan dan akan kekal dalam ingatan aku buat selamanya. Pastinya korang yang pernah pergi begitu juga.


Tuesday 26 March 2013

BUAH NAM NAM VS BUAH KEDONDONG

Kenal buah apa nie? nie lah buah nam nam dan buah kedondong.


Dapat buah-buahan nie dekat rumah atok aku hari tu. Aku bagi kat kawan2 suruh diorang rasa especilly buah nam nam. Ada yang teragak-agak nak makan sebab tak pernah makan.

Aku sejak kecil kenal buah nam nam dengan nama nam nam. Tapi, ada juga sesetengah tempat yang panggil dengan nama lain seperti buah katak puru. Maybe disebabkan kulit buah nam2 yang menggerutu kot.

Abaikan rupa buah nie wokeyy. Tengok pada rupa memanglah tak berapa cantik berbanding buah-buahan lain tapi rasa tu yang penting. Buah nam nam nie kalau warna kuning, manis rasanya tapi kalau yang warna hijau boleh kecut perut dibuatnya. Sedap makan mentah cicah garam. 

Begitu jugak dengan buah kedondong. Sedap dimakan begitu saja ataupun dibuat jeruk. Korang boleh jugak buat jus. Aku suka buat jus buah kedondong asam boi. Panas tengah hari kalau dapat minum jus buah kedondong asam boi memang lega.

yang nie takda asam boi...aku letak serbuk asam..

Kata orang buah nam nam dan buah kedondong kaya dengan khasiat perubatan, boleh dijadikan ubat darah tinggi dan kencing manis...wallahu a'lam. Nak tahu lebih lanjut silalah search google ekk..

Aku tak tahulah akan datang nanti wujud ke tidak buah nam nam nie sebab takda sape yang berminat nak  komersialkan. Kalau tak cari kat kampung2 memang susahlah nak dapat buah eksklusif nie. Sekarang nie buah nam nam tak banyak, yang banyak gangnam style jek...kan...

Monday 25 March 2013

SPAGHETTI CARBONARA

Dinner malam nie spaghetti carbonara. Aku masak sebab nak habiskan stok spaghetti masa buat laksa hari tu. Aku tak guna daging kisar sebab takda stok kat rumah. Gantikan dengan meatball. Stok meatball memang sentiasa ada.


Bahan2:

  • Spaghetti
  • Sos carbonara
  • Bawang Merah & Bawang Putih
  • Stok ayam
  • Susu segar
  • Cendawan butang
  • Meatball
  • Garam
  • Minyak zaiton

Cara nak buat:

  • Rebus spaghetti lembut
  • Tumis bawang merah & putih sampai naik bau
  • Masukkan sos carbonara dan stok ayam
  • Masukkan cendawan butang dan meatball
  • Masukkan susu segar dan garam. Agak2 kuah dah pekat tutup api
  • Tuang sos carbonara atas spaghetti. Siap untuk dimakan

Sape2 nak mencuba selamat mencuba...

Sunday 24 March 2013

CERITA ATOK : GALI LIANG LAHAD

Aku baru pulang dari rumah atok bak. Seronok dengan atok bak bercerita tentang kehidupannya.

Dulu atok bak susah nak menyara 8 orang anak. Jadi, nak cari duit lebih macam2 kerja atok bak buat. Tebang kayu, ke laut, gali parit, homeguard dan yang paling takut nak dengar...gali liang lahad dan alih mayat. 

gambar drpd incik google

Macam2 pengalaman yang atok bak lalui. Apapun, sepanjang bekerja tu tak pernah pulak atok bak kena kacau. Tapi macam2 rupa dan keadaan mayat yang dia jumpa. Ada yang liang lahad dipenuhi air warna hitam macam air longkang. Ada yang air putih jernih macam air paip, ada yang air bewarna hijau dan macam2 lagilah. 

Ada juga mayatnya yang tak reput walaupun dah bertahu-tahun dikebumikan. Masih elok jasadnya. Ada jugak yang dah hancur tulang temulang dan ada yang tengkoraknya berambut panjang dan menyeringai nampak giginya...seram dengar atok bak bercerita...BERSAMBUNG...

Pengajarannya, hidup perlu mentauhidkan Allah. Ikut perintah dan jauhi larangannya. Apa jua yang kita lakukan di dunia pasti ada pembalasannya sama ada baik mahupun buruk. Iman dan Islam sesorang menjadi penyelamat dan akan menterjemah keadaan kita sesudah mati kelak.

Saturday 23 March 2013

BERAKHIRNYA KEKECEWAAN...

Memang aku kecewa pada mulanya...
Hari nie ada 2 jemputan kahwin yang aku pergi. Rumah pertama nasi minyak sedap gila. Tambah pulak perut tengah lapar. Dalca sedap, acar buah pun sedap. Aku makan penuh selera. Dapat berkat nasi minyak sebungkus dan jajan sebungkus. Tapi aku tak jumpa apa yang aku nak. 

Teruskan perjalanan ke rumah kedua. Perut dah kenyang. Sampai sana aku cuma makan bubur kacang dan minum air je. Hilang pantang aku hari nie. Kalau cek paras gula confirm tinggi. 

Kat rumah kedua nielah perasaan kecewa aku hilang. Sebab apa? Sebab...aku dah dapat apa yang aku nak. Nak taw apa? telur pindanglah...terubat sedikit kekecewaan aku tu akhirnya...

 pernah makan tak? sedappp

Dulu2, kalau pergi jemputan kahwin selalu jugak dapat telur pindang tapi sekarang dah susah sikit sebab kebanyakkan tuan rumah bagi kek, kerepek, jajan2. Memang dah susahla nak dapat telur pindang kat rumah pengantin. Tu yang kecewa...macam orang putus cinta dah... Nasiblah kat Larkin Central ada jual. Kalau dah teringin sangat nak makan bolehlah beli. huhu...

Aku lebih suka telur pindang daripada telur rebus biasa...Sedap...terasa rempah ratus, terasa masin2 lemak. Tapi sebenarnya susah nak cari telur pindang yang betul2 sedap dan yang betul2 rasa telur pindang. 


Thursday 21 March 2013

TAHNIAH LEPASAN SPM & STPM


Dikala ini pastinya adik2 yang amik SPM tahun 2012 dah tahu keputusan masing2. Walau apapun keputusan yang diterima, terimalah dengah hati terbuka dan penuh kesyukuran. Kepada mereka yang memperoleh keputusan cemerlang SPM mahupun  STPM tahniah aku ucapkan. 

Bagi yang kurang berjaya jangan sesekali berputus asa. Ingat Allah penentu dan perancang terbaik untuk kita. Tak dapat straight A atau takde A bukan bermakna korang tidak cerdik. Ingatlah orang yang takde A pun boleh berjaya...janji kena bangkit semula dan  berusaha. Usaha tangga kejayaan.


Kepada adik2 lepasan SPM dan STPM...buatlah perancangan dan hala tuju dengan sebaiknya. Bagi yang berminat untuk sambung belajar bolehlah teruskan perjuangan ke peringkat yang lebih tinggi. Semoga perjuangan anda diberkati Allah SWT.

Kepada adik aku ajib, congratz...nanti weken kita g makan2...

Tuesday 19 March 2013

PLEZZ, JANGAN LAKUKAN ITU...

Ada sape2 yang suka traffic jam tak ??
Rasanya takda sape yang suka tersangkut dekat jalan raya.
Kalau boleh semua orang nak cepat2 sampai ke destinasi yang dituju...
Aku benci traffic jam especially waktu petang. Sebab ape ?? sebab nie

Asyik gile

Huhuhu...asyik ternampak driver korek hidung dengan begitu asyik. Euuwwww...Bukan sekali dua, banyak kali jugak dah. Adakah aku insan terpilih untuk menyaksikan aksi ini ?? OMG...Bagaimana dengan korang ea? pernah saksikan aksi  sebegini jugak? 

Mungkin bagi sesetengah orang, ketika traffic jam lah waktu yang sesuai untuk melakukan aktiviti mengorek hidung. Bosanlah katakan. Bukannya tak boleh nak korek hidung, tapi agak2lah. Kat rumah lantak kaulah. Kalau kat public tu cover2 lah sikit. Jangan sampai menganggu ketenteraman mata orang lain. Tak pasal2 dah dijudge pengotor. Mengorek hidung tu tak salah tapi jagalah adab dan jagalah kebersihan. Sekian...


Monday 18 March 2013

NEW DAY NEW START



Mulakan pagi dengan senyuman berseri
Muka ketat jangan sesekali
Walaupun rasa letih & tak cukup cuti
Kena jugak happykan diri
Kan niat nak cari rezeki...
Sebelum aku mengundurkan diri
Nak tayang pic nie


Inilah breakfast aku untuk pagi nie
Lontong yang enak sekali
Kuahnya pekat  dimakan nak lagi
Sebenarnya dah 2, 3 hari aku mencari
Baru hari nie ada rezeki
 Tu pun En Z yang tolong beli
Tq En Z, semoga murah rezeki

 * Selamat bekerja dengan hati gumbira *

Saturday 16 March 2013

JOM BUAT LAKSA !!!

Salam sabtu...
Post aku hari nie cara nak buat laksa. Laksa mana?? Semestinya laksa Johor. Laksa daripada negeri2 lain tak berapa nak expert...Kalau nak cuba bolehlah ambil resepi kat bawah nie. Resepi mak aku yang diwarisi secara turun temurun...haha..ayattt...Tak nak cuba?? takpe, tak kisah...


Apa bahan2 yang korang perlukan??
Pic kat atas tu dah menerangkan segalanya...tapi tak lengkap...muahahaha...
Takpe aku explain satu2...
  1. Spaghetti ( rebus sampai lembut )
  2. Ikan kembung ( aku guna ikan sekilo...rebus dan ambil isi ikan jek )
  3. Lada kering, bawang besar, bawang putih, kunyit, halia, lengkuas ( kisar )
  4. Rempah kari ( Aku guna rempah kari Babas paket kecil 2 bungkus. 
  5. Santan 
  6. Kerisik kelapa ( hitam sebab aku wat sendiri..tu yang terhangus sikit )
  7. Daun kesum, serai dititik dan asam keping ( kekurangan satu bahan iaitu bunga kantan. Kedai yang aku pergi takde jual, mogok kot )
  8. Garam dan perasa
  9. Hiasan ( tauge, timun, bawang dihiris nipis, daun kesom, limau kasturi )
  10. Sambal belacan ( wajib arrr )
Cara nak buat kuah :
  • Panaskan minyak. Tumis bahan kisar yang dah dicampur rempah kari  ( pic no 3 ) Tumis sampai wangi
  • Masukkan isi ikan dan santan. Kacau sebati. Kalau pekat sangat tambahlah air
  • Masukkan kerisik, serai yang dititik, daun kesum, asam keping
  • Masukkan garam dan perasa...biar mendidih...siap

Jeng...jeng...jeng...inilah hasilnya. Menu makan tengah hari aku hari nie...yummyy...



* Selamat berhujung minggu *

Thursday 14 March 2013

KEAMANAN


Aku tak punya ilmu untuk melawan musuh
Takda pengalaman di medan perang
Takda senjata perisai yang melindungi
Tapi...
Aku punya semangat yang tinggi untuk bersama berbakti
Sanggup bekorban untuk negara, bangsa dan agama tercinta
Selamat buat semua pejuang negara
Semoga kebenaran dipihak yang benar
Semoga pencerobohan di Sabah dapat dihapuskan
Semoga negara terus mencapai keamanan & keharmonian berpanjangan
Takziah buat keluarga pejuang negara yang terkorban...
Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman
Alfatihah...


Wednesday 13 March 2013

POTATO AU GRATIN DAN MEE BANDUNG

Dinner malam nie adalah potato with meatball au gratin versi aku dan juga mee bandung...Potato gratin nie aku buat ok. Mee bandung nie pulak adik aku beli kat kedai...Hari nie aku rajin sikit nak memasak. Selalu, kalau hari bekerja memang malas nak masak. Makan siap2 kat luar, takpun tapaw...




Potato gratin nie aku modified sikit2...orang letak slice2 tapi aku jadikan kentang lenyek. Terlanjur ada meatball dengan button mushroom kat fridge aku letak sekali. Sesekali makan potato gratin ni bolehlah coz aku cepat muak. Mee bandung nie pulak rasa dia sedaplah jugak...Ada udang, ada ayam, ada telur. Harga pun murah RM 5 sebungkus. Alhamdulillah, kenyang...

Bila perut dah kenyang, mata terpandang katil dan tilam...

Monday 11 March 2013

MULUT


jagalah mulut
mulut ibarat segala-gala
kadangkala pandai berkata tapi berdusta
pandai berjanji tapi mungkiri
pandai nasihat tapi mengumpat
kadangkala berbau wangi tapi rupanya makan bangkai 
gara-gara pulut santan binasa
gara-gara mulut badan binasa
beringatlah
jangan perjudikan mulut untuk omongan perkataan yang bukan2
mulut itu suatu anugerah
jagailah sebaiknya
semua mulut itu wangi
tapi...apa yang menjadikan ia busuk adalah pemakanannya
iaitu percakapan yang dituturkan...

* Sekadar luahan perasaan...untuk ingatan aku dan juga kalian *

Sunday 10 March 2013

PUDING JELLY

Hari nie aku buat puding lapis jelly.  Blackcurrant flavour. Ambil resepi kat my resepi...inilah hasilnya...


Pakar pengkritik masakan aku bagi markah 5/10...Apa kedekut sangatlah budak2 nie. Entah bila nak bagi markah penuh. Aku buatkan diorang je. Aku jamah sikit. Nak lebih2 tak bolehlah, manis...Aku kan pesakit diabetes...Resepi nie taklah susah sangat. Kos pun murahla jugak, tak sampai RM20...

Saturday 9 March 2013

UKM...AKU DATANG !!

Hari nie aku berkunjung ke UKM. Terlanjur datang KL, singgah sekejap di sini melawat adik aku kat Kolej Rahim Kajai. Diam tak diam dah final semester dah budak ni. Kalau diikutkan, dah lama jugaklah aku tak datang UKM. Kali terakhir aku datang masa konvokesyen dulu, tahun 2009.

Hari nie pun aku singgah UKM sekejap je.  Bila tengok2 tadi banyak juga perubahan yang dah berlaku kat UKM nie. Fakulti aku antaranya. Dulu Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, sekarang dah tukar nama Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Bila masa tukarnya aku pun tak tau. Memang dah ketinggalan aku nie. Disebabkan kesuntukan masa, aku tak dapat nak merayap ke Pusanika, PTSL dan Kolej Pendeta Za'ba. Kolej Pendeta Za'ba nie antara salah satu kolej kediaman yang pernah aku duduk. Aku paling suka kolej nie sebab banyak cafe. Senang buat pilihan kalau nak beli makanan. Aku paling suka cafe Setia Murni. Entah ada lagi ke tidak. Apa pun terubat juga rindu aku kat UKM ni...

Gambar kenangan masa konvo dulu

Kata aku :
kenangan yang indah sentiasa tersemat dihati....
 kenangan pahit ?? biarkan ia pergi, jangan diingat lagi......

Kata adik aku - Ajib :
kenangan sentiasa mengusik jiwa
kadangkala terlintas tanpa diduga
tersenyum ketawa duka dan lara
jadi penghibur setiap masa...

Kata adik aku - Ayul :
tatkala kenangan itu datang
aku tersenyum sendirian
tak kiralah ia suka mahupun duka...
teringat helaian masa yang telah menebal menjadi sebuah buku
dan titik noktah sebuah perjalanan panjang...
setiap masa yang berlalu itu tertulis sebagai kenangan 
yang menjadi rujukan 
untuk mendepani masa depan yang belum tahu penghujungnya
pasti akan ku jaga ia sebaiknya..

Tqvm Ajib dan Ayul

P/S : Bile masa LRT guna token kengkawan, dulukan guna tiket ? uwaaaaa ketinggalan lagi aku...taw tak betapa gelabahnya aku...lame jugak termenung mengadap mesin tu.

Friday 8 March 2013

AKU DAN SETEM

Hobi mengumpul setem bermula apabila seorang kawan menghadiahkan aku sebuah buku setem sewaktu sekolah rendah dahulu. 



Inilah buku setem aku yang pertama. Dihadiahkan oleh Nur Fadilah sebagai tanda kenangan. Masa tu dia nak berpindah ke sekolah lain. Sejak dia berpindah sampailah sekarang aku dan dia terputus hubungan ... dekat 15 tahun dah. Walau apa pun, aku tetap mengingati dia sebagai salah seorang kawan baik yang pernah aku ada.

Yang nie plak antara koleksi setem yang paling aku sayang sebab setem2 nie adalah setem lama. Kebanyakkan setem2 nie aku dapat daripada pakcik aku, sedara mara dan kawan2.





Sekarang ni...seiring dengan peningkatan usia dan kesuntukan masa, aktiviti mengumpul setem tidaklah serancak dan seobses dahulu. Ape pun buku2 setem inilah teman aku dikala kesunyian...cewahh..

*  Budak2 sekarang ni ade ke yang kumpul setem lagi ek? *

Wednesday 6 March 2013

SALAM SAYANG


Latifah Farhana nama saye
Lemah lembut maksudnye
Realiti?? haha...kasar orangnye
Tengok muka orang kata garang gile
Macam sombong pun ade
Hakikatnya tu persepsi sahaje
Tak kenal maka tak cinta

Mula berblog baru sebulan dua
Maklumlah sebelum nie sibuk belajar dan bekerje
Sekarang nie baru ade mase
Rase macam dah terlambat gile
Bile tengok  korang semua
Especially adik2 yang muda belia
Semuanya dah ade banyak follower
Blog dahla cantik dipandang mata
Entry yang ditulis pun menarik untuk dibaca
Aiyoooo ... kerdilnye rase
Jelez pun ade 
Blog saye tak seberapa
Tapi tak ape
Sedang belajar dari semasa ke semasa
Mencari tips dan panduan berguna

Kepada anda semua
Terima  kasih singgah blog saye




Monday 4 March 2013

JEMPUTAN KAD @ FB

Trend mase kini kebanyakkan majlis kawen ke ape jemput guna FB. Aku sebenarnya tak berape suke coz macam takde nilai. Bile kawen jemput kat FB, create even kawen and jemput kawan2. Pastu cakap sila pm saya kalau nak kad jemputan. Lorhhh...kite plak yang kena pm kalau nak kad.

Jemputan kat FB tu umum. Kalau kawan2 yang terdekat wat camtu agakla weii...Kite dulu makan sepinggan, minum secawan...Bunyi macam sentap jekk? Huhu...pedulikk...Bagi aku FB tu FB jugak...kad jemputan aku nak jugak !! Sekalipun dunia semakin moden tapi cara konvensional tulah lebih dekat di hati. Whatever..

Saturday 2 March 2013

SEGMEN: SAYA SUKA MAKAN

Kalau korang nak join, klikla banner doremon yang comel tu..


Saya memang suka makan sebab tu badan saya pun dah lebih kurang doremon jek. Tak kisahla..janji saya gumbira.

Makanan kegemaran saya bihun sup..perghh suke sangat..Makan time panaz2 ditambah plak dengan sambal kicap yang pedas, memang marvelous..


 * Sumber en google *
 Saya tag cik serious dan anieys

Friday 1 March 2013

AYAH DAN IBU


Ayah dan ibu ( 2x )
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari
Ahai..

Yang dikurniakan dari ilahi
Ahai..
Ayah dan ibu
Ayah dan ibulah mesti dihormati

Ayah dan ibu ( 2x )
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai..

Pakailah tunjuk ajar dan nasihat
Ahai..
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Tersentuh hati bile dengar lagu Sudirman nie tadi. Tetibe je air mata aku mengalir. Teringat mak ngan abah. Besar pengorbanan diorang. Tak terbalas dengan wang ringgit dan harta benda. Aku beruntung dan bersyukur masih mempunyai kedua-duanya. Semoga Allah memanjangkan usia mak ngan abah dan diberikan tahap kesihatan yang baik. Semoga aku dapat membalas jasa mereka dan membahagiakan mereka. Teringat pulak cerita cikgu tentang Alqamah yang tidak boleh mengucap dua kalimah syahadah ketika sedang nazak. Puncanya, Alqamah mengutamakan isteri lebih daripada ibu sehingga si ibu tersinggung dan berkecil hati.

Setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
Segaris luka dihati ibu kerana kederhakaan
Tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
Azimat ini kutanam di lubuk hati yang dalam 

Lirik lagu Far East ni pun banyak pengajaran. Ape pun sayanglah ibu bapa kita sebagaimana mereka menyayangi kita. Beri perhatian sewajarnya selagi mereka masih ada. Keredhaan ibu bapa itu perlu. Ingatan untuk aku dan juga kamu...