Saturday, 23 March 2013

BERAKHIRNYA KEKECEWAAN...

Memang aku kecewa pada mulanya...
Hari nie ada 2 jemputan kahwin yang aku pergi. Rumah pertama nasi minyak sedap gila. Tambah pulak perut tengah lapar. Dalca sedap, acar buah pun sedap. Aku makan penuh selera. Dapat berkat nasi minyak sebungkus dan jajan sebungkus. Tapi aku tak jumpa apa yang aku nak. 

Teruskan perjalanan ke rumah kedua. Perut dah kenyang. Sampai sana aku cuma makan bubur kacang dan minum air je. Hilang pantang aku hari nie. Kalau cek paras gula confirm tinggi. 

Kat rumah kedua nielah perasaan kecewa aku hilang. Sebab apa? Sebab...aku dah dapat apa yang aku nak. Nak taw apa? telur pindanglah...terubat sedikit kekecewaan aku tu akhirnya...

 pernah makan tak? sedappp

Dulu2, kalau pergi jemputan kahwin selalu jugak dapat telur pindang tapi sekarang dah susah sikit sebab kebanyakkan tuan rumah bagi kek, kerepek, jajan2. Memang dah susahla nak dapat telur pindang kat rumah pengantin. Tu yang kecewa...macam orang putus cinta dah... Nasiblah kat Larkin Central ada jual. Kalau dah teringin sangat nak makan bolehlah beli. huhu...

Aku lebih suka telur pindang daripada telur rebus biasa...Sedap...terasa rempah ratus, terasa masin2 lemak. Tapi sebenarnya susah nak cari telur pindang yang betul2 sedap dan yang betul2 rasa telur pindang. 


5 comments:

  1. Sedap ke telur pindang tu kak? Lisa xpernah makan lagi..hee..kat klantan ni xtau kat mn nk cari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap bg akak coz ade jgk mber yg kata x sedap.depand pd tekak msing2 kot..nnti leyla try ekk

      Delete
  2. Oh, saya suka ke tempat orang kahwin sebab nak makan! Tapi kadang-kadang malu hahaha. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..jgn malu2 farid..malu jwbnya lapo lah

      Delete
  3. tak penah makan telur pindang. ngeeee

    ReplyDelete