Friday, 29 March 2013

PLKN DALAM KENANGAN



Esok adik bongsu aku akan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kumpulan 2 siri 10/2013 dekat Kem PLKN Putra Putri Alor Gajah Melaka. Malam tadi dia call aku tanya macam mana nak basuh baju guna tangan. Hahaha...amik kau adik. Belajarlah basuh baju. Selama nie guna mesin basuh pun tak pernah buat, harapkan mak je kan. Lepas nie kenalah belajar berdikari. 

Dalam adik beradik aku yang seramai 4 orang, hanya adik yang nombor 2 je tak terpilih untuk menyertai PLKN. Teringat ketika aku nak sertai PLKN dulu. Masa tu tahun 2004. PLKN baru diperkenalkan dan aku terpilih sebagai peserta siri 1/2004. First batch. Kira aku nie paling seniorlah berbanding adik2 semua...hehe...

Pick up point dekat stadium Larkin. Abah hantar aku dekat situ jek. Masa tu pendaftaran agak kelam kabut. Awal pagi dah sampai pick up point, tengahari baru bas bergerak. Aku ditempatkan dekat Rachardo Bay, Tanjung Tuan Port Dickson. Rasanya kem nie dah tak beroperasi lagi sekarang. 

Zaman aku dulu tak macam sekarang. Adik2 sekarang kira bertuah sebab mutu dan aktiviti PLKN dah semakin baik. Tempat tinggal pun dah semakin elok.


Nie gambar pemandangan sekitar kem aku. Best sebab berdekatan pantai. Pagi2 kalau jogging memang jurulatih akan bawa berjogging di sekitar pantai. Dulu aku tidur dalam khemah. Takda dorm, takde tilam. Yang ada katil kanvas. Waktu panas memang panas. Waktu hujan dan ribut masing2 siap sedia pegang tiang khemah takut khemah terbang melayang. Lagi2 kedudukan geografi yang berhampiran pantai.


Nampak tak katil aku? Katil ala2 stretcher gitu. Sakit juga badan bila tidur malam. Yang cun2 tu semua camp mate aku P16. 4 orang saja dapat dikesan. Yang lain aku tak tahu dekat mana diorang. 

Seronoknya dekat PLKN sebab dapat buat macam2 aktiviti seperti kawad kaki, abseiling, flaying fox, tempur tanpa senjata, berkayak, wirajaya dan macam2 lagi. Cuma zaman aku takda latihan pengendalian senjata colt M16. Untunglah adik2 sekarang dapat belajar menembak. 

Yang untungnya zaman aku, kiteorang dapat merasa duduk dekat IPTA. Lepas sebulan dekat kem (modul fizikal) aku ditempatkan pulak dekat IPTA selama 2 bulan untuk modul kenegaraan, pembinaan karektor & khidmat komuniti. Pernah gotong royong sekitar Sg Ramal, Cheras, Pasar borong Selayang. Best...


Apa pun pengalaman menyertai PLKN sesuatu yang menyeronokkan dan akan kekal dalam ingatan aku buat selamanya. Pastinya korang yang pernah pergi begitu juga.


2 comments:

  1. hehe.. lelaki kena belajar berdikari sikit..bukan perempuan ja..hehe.bagusnya plkn sbb ajar budak2 ni berdikari kan..selain dpt pengalaman baru n kawan baru..hehe

    ReplyDelete
  2. ridu betul zaman tersebut, saya juga kat siri pertama 2004 di tanjung Tuan.

    ReplyDelete