Tuesday 30 April 2013

KUEW TEOW LADNA

Alhamdulillah...already dinner. Dinner malam nie aku masak kuew teow ladna. Dah beberapa hari aku amik resepi ni daripada rohaisha. Hari nie baru dapat buat. Balik kerja terus singgah The Store Taman Sentosa beli barang-barang sikit. Terima kasih tuan punya resepi. Resepinya mudah & sedap sekali. Tak rugi aku buat malam nie. Perut kenyang hati pun happy...ditambah pulak esok cuti...hehehe...gumbira...gumbira...




Bahan-bahan :


* kuew teow
* sotong & ayam (ikut suka nak letak apa)
* bancuhan tepung jagung
*sos tiram - 1 sudu besar
*kiub ayam - 1 biji
* air secukupnya


* bawang putih - 2 ulas
* cili padi - 4 biji
* sayur-sayuran ( ikut suka)

Cara buat :
  • Gaulkan kuew teow bersama kicap pekat. Perapkan 10 minit. 
  • Panaskan sedikit minyak dan goreng sekejap. Angkat & masukkan dalam pinggan. Kalau tak nak goreng guna minyak, boleh guna non stick- frying pan ok.
  • Tumis bawang putih & cili padi sampai naik bau.
  • Masukkan sotong, ayam, sos tiram, kiub ayam & air secukupnya.
  • Dah mendidih, masukkan sayur-sayuran.
  • Masukkan bancuhan tepung jagung untuk bagi kuah pekat.
  • Masukkan garam. Siap. Tuang kuah dekat atas kuew teow. Hiaskan sikit. Bolehlah makan...


p/s: Selamat hari pekerja dan selamat bercuti.

Monday 29 April 2013

PRU-13 : MENJELANG 5 MEI 2013

Diam tak diam tinggal beberapa hari je lagi nak mengundi. Sekejap je kan masa berlalu. Rasanya hari tu baru je Parlimen dibubarkan. Berdebar pulak nak mengundi. Teruja pun ada yelah pertama kali nak memangkah. Kalau diikutkan, PRU lepas aku dah boleh mengundi. Tapi masa tu aku sibuk study. Tak berapa nak amik tahu sangat tentang politik nie semua.

Pengalaman mengundi dalam PRU memang tak adalahkan tapi kalau pilihanraya kampus tu adalah. Haaaa yang tu pun aku tak amik tau jugak sebab masa tu aku memang tak suka bab-bab politik nie, memeningkan kepala. Ingat lagi masa nak pilihanraya kampus dulu, ramai jugalah calon yang promote diri, masuk kelas bagi ucapan. Pamphlet-pamphlet jangan cakaplah bersepah sana sini. Aku amik taw gitu-gitu je dan aku main pangkah je calon yang aku nak tak kisahlah diorang tu pro aspirasi ke pro mahasiswa, janji hidup aku takda masalah. Alhamdulillah tak pernah kena buang kolej kediaman walaupun budak2 cakap salah pangkah  parti kena tendang kolej. Saje leteww nak gula-gulakan budak-budak baru.

Tu semua kisah dulu-dulu. Tahap kesedaran rendah. Sekarang lain. Sekarang aku dah sedar tanggungjawab aku. Aku dah sedar betapa undi aku tu berharga...cewaahhh. Aku pun dah ada calon pilihan untuk aku pangkah dekat tempat aku nanti. Aku tak terlalu taksub dan obses terhadap parti tertentu. Bagi aku tak ada satu pun parti politik yang sempurna. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Siapa pun calon yang menang nanti diharap mereka dapat laksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan tunaikan manifesto yang dicanang.

jom kita mengundi
jom kita mengundi
jom kita mengundi
jom kita mengundi

jom kita keluar mengundi
jalan tanggungjawab negara demokrasi
jangan kata tiada masa
atau politik bukan untuk kita

Tu antara lirik lagu jom mengundi nyanyian Tomok, Black, Shiha & Ayu. Masa mula-mula dengar aku kutuk cakap ntah apa-apa je lagu nie tapi sekarang? hehe...boleh tersukalah pulak, dah hari-hari dengar kat tv.

Saturday 27 April 2013

MUDAH GIVEAWAY BY IEZWA RAZK



Jom join....

(Tarikh tamat : 30 April 2013)

SEGMEN : I LOVE YOU MOM

Jom join segmen yang dianjurkan oleh Fathiah Saidi...

Klik banner kalau nak join ok...




Kasih sayang mak tiada galang gantinya,
Tak mungkin dapat diganti walaupun dengan segunung intan permata,
I love u mak...Maklah cinta hati saya,
Tanpa doa & restu mak tak mungkin anakmu ini berjaya,
Terima kasih mak...untuk semua,
Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa...

Friday 26 April 2013

BANJI ROLL

Korang suka tak makan kek banji roll? Aku suka gila. Actually semua makanan aku suka. Jaranglah aku katakan tidak pada makanan. Tapi tu dululah. Sekarang nie dah berubah. Banyak benda aku tak boleh makan dah. Kalau beraya kat rumah makcik aku, kek nie lah yang aku makan dulu...sedap...



Sebenarnya hari tu aku ada order kek banji roll dengan seorang kenalan mak. Hari nie baru dapat kek yang diorder. Aku tak beli banyak pun, 3 biji je. Harga pun murah RM 13 sebiji.  Ok lah tu, kek nie pun boleh tahan lama kalau simpan dalam fridge. Banyak hari aku boleh makan...bolehlah buat stok...


Untuk pengetahuan korang, aku pernah buat kek nie sekali, tapi tak jadi. Sampai sekarang tak pernah cuba buat lagi. Sebab apa?? takut tak jadi satu hal, rasa macam leceh dan serik disamping takut membazir bila kek terbuang. 

Huhuhu...kek banji roll yang aku buat dulu terbuang taw. Sorang pun tak nak makan. Aku jek yang jamah sikit lepas tu terus buang sebab rase dia lain macam. Resepi tak salah sebab cousin aku buat jadi je. Aku lah kot yang salah...huhuhu...Takpelah nanti ada masa aku pergi belajar sampai pandai. 

Buat masa sekarang, aku rasa daripada aku buat baiklah aku beli sebab dah tentunya yang beli tu jadi...heeee...


HIDUP...




Hidup satu laluan yang sukar bagi mereka yang malas berusaha dan mahukan sesuatu yang datang bergolek di depan mata....Mereka mahukan kesenangan tanpa perlu berusaha dan jika ditimpa bala kesusahan mereka inilah yang bakal kecundang dan terus berkubur dari landasan hidup yang sebenar...

Bagi mereka yang gigih berusaha, mereka juga tidak terkecuali menerima dugaan yang mendatang...Tapi berkat dengan kesungguhan dan semangat berusaha yang tidak pernah padam mereka inilah yang bakal mengecapi nikmat kejayaan dan kesejahteraan hidup...

Sedangkan ulat di dalam batu pun boleh hidup, inikan pula manusia, ye tak? Yang penting kena berusaha, tak mudah berputus asa serta sentiasa berdoa kepada Allah...Insyaallah segalanya dipermudah..

P/S : Salam jumaat semua...jumuaah barakah...jangan tinggal al kahfi & selawat nabi...

Wednesday 24 April 2013

MANUSIA OH MANUSIA.....



Mengapa zaman kini kebanyakan manusia tidak lagi berperangai seperti manusia? Adakah manusia mengalami revolusi perubahan tingkah laku yang pesat sehinggakan mereka hilang nilai dan jati diri sebagai seorang insan?

Manusia zaman kini kebanyakan berperangai seperti binatang dan adakalanya lebih teruk daripada itu sehingga boleh menjatuhkan mertabat manusia sebagai makhluk Allah yang dijadikan sempurna lahiriahnya. Inilah manusia akhir zaman yang tidak menggunakan pertimbangan akal sebaliknya mengikut hasutan syaitan laknatullah. Apa sudah jadi? Manusia oh manusia...

Ada anak dibuang, dibunuh, didera dan bermacam-macam lagi. Tidak menghargai rezeki yang Allah beri. Apa salah anak yang lahir? Mereka suci dari dosa. Buat sesuatu tak ingat dunia, apabila berlaku tak mengaku salah sendiri, dibunuh pulak bayi yang tak berdosa...

Manusia zaman kini hilang nilai kemanusiaan, hanya pentingkan diri, maruah dan keaiban. Bayi yang tak berdosa dibunuh kejam dan semakin hari semakin kejam. Sifat sayang dan naluri kemanusiaan telah didasari bisikan syaitan yang sebati dalam jiwa. Insaflah sebelum terlambat dan berfikirlah dengan kewajaran akal milikmu. Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha mengasihani...

Monday 22 April 2013

JOM...JOM...JOM...JOM MAKAN BURGER......

Malam nie aku makan burger daging. Beli dekat dengan rumah je. Dah lama mengidam ooo...Sekarang nie sebulan sekali je aku makan burger baik burger dekat kedai tepi jalan mahupun burger fast food. Tak boleh makan banyak2 sebab tak elok untuk kesihatan aku. Ada satu hari tu aku teringin nak makan burger, sekali cek paras gula aku tinggi. Tu yang sekarang nie aku makan burger sesekali. Kalau tak makan tak bolehlah pulak sebab aku membesar dengan burger Ramly. Karang tak pasal2 kempunan. Dulu kecik2, kalau tak dapat makan sesuatu makanan Tokwan aku selalu cakap jilat jari kalau tak nak kempunan. Aku ikut je tak pernah pertikaikan...hehehe...baik tak? baik tak?  


nie bukan pic burger yang aku beli...nie pic drp google...

Masa tunggu order, aku pun duduklah kat Majidee Corner. Sambil tengok abang tu buat burger aku pun sempat berangan. Berangan macam mana kalau aku gantikan tempat abang tu, boleh ke aku buat burger??

Tengok macam senang je nak buat burgerkan. Tapi sebenarnya bukan senang, perlukan kepakaran. Macam mana nak masak roti garing dan tak hangus, macam mana nak belah daging guna scrapper, macam mana nak masak daging, macam mana nak letak ramuan, macam mana nak hias sayur, macam mana nak letak sos &  mayonis, macam mana nak bungkus bagi cantik...haaa tu semua perlukan kepakaran apa. Kalau buat untuk diri sendiri tak kisahlah roti nak hangus ke, roti nak kemek ke, daging nak hancur ke, nie nak jual beb? Kena peka dengan selera pelanggan, tak sedap karang tak laku.

Selain kepakaran, kesabaran pun perlu. Bukan senang nak layan kerenah pelanggan yang bermacam ragam.  Ada yang cerewet, ada yang tak cerewet, ada yang nak sayur, ada yang tak nak sayur, ada yang nak sos lebih, ada yang nak mayonis lebih...haaa macam2 ade. 

Tak sempat nak berangan lebih burger yang aku oder dah siap. Nasiblah servis cepat taklah berjam aku tunggu. Mesra pelanggan pulak tu. Macam nie lah abang, kalau nak bisness maju...bulan depan i datang lagi ye, see u...


Saturday 20 April 2013

SELAMAT HARI LAHIR ADIK

Selamat hari lahir Ajib...
Hari ini genap 18 tahun usiamu
Beranjak angka meningkat usia
Kau semakin dewasa
Semoga dipanjangkan usia
Sesibuk mana urusan dunia, akhirat jangan lupa
Sembahyang kena jaga
Dekat dengan Allah, insyaallah bahagia

Nilai sesuatu dengan akal
Pandanglah sesuatu dengan kata hati
Hidup dan usia ibarat lilin
Bila bertambah lilin mengecil
Lilin tak boleh hidup selama kerana lilin dicipta bukan mencipta



3 minggu dekat PLKN dah kelihatan semakin gelap dan kurus...Kelihatan pendek apabila berdiri disebelah replika patung yang tinggi tu...Kelihatan kecik pun ada jika dibandingkan dengan motor tu...muaahaha...kutukkan kah ini? tidak...tidak..

Friday 19 April 2013

LEONEL JORGE NUNEZ : BOROI BUKAN SEBARANG BOROI

Tahu tak siapa Leonel Jorge Nunez tu?? Dialah pemain baru Johor Darul Takzim (JDT) yang menggantikan Daniel Guiza. Dia jugaklah yang telah menyumbat 2 gol sewaktu JDT menentang Selangor dalam suku akhir ke dua Piala FA tempoh hari yang menyaksikan JDT menang 4-2 dalam penentuan sepakan penalti. Kemenangan ini membawa JDT ke separuh akhir Piala FA dan bakal bertemu Pahang. Sementara itu, Kelantan akan bertemu Terengganu dalam satu lagi perlawanan...

Apa yang aku nak bagitau, Nunez nie terror walaupun boroi. Boroi-boroi tapi power wokeyy...Baru buat penampilan pertama hari tu  dah ledak 2 gol. Harap2 lepas nie dia ledak gol lagilah. First2 dia masuk padang aku terkejut jugaklah, boleh ke mamat nie...sekali dia gol terus tukar persepsi...huhu, tulah jangan tengok orang berdasarkan fizikal. Gambar daripada FB...jom layan...


  boroi itu berbisa...hehe...

abg boroiiii.?? tak best... abg muncit laaaaa....

Sebelum nie sukan bola sepak Johor suram jek...stadium pun susah nak penuh tapi sekarang semuanya dah berubah. TQ TMJ...

Thursday 18 April 2013

PENGEBOMAN DI BOSTON? ANGKARA SIAPA....




Aku tertarik nak mengulas sedikit isu mengenai letupan bom di Boston. Menurut laporan akhbar, kejadian yang belaku kira-kira jam 3 petang (isnin waktu tempatan) telah menyebabkan 3 kematian, 134 cedera dengan 17 orang kritikal manakala 25 lagi cedera parah apabila 2 bom meletup tidak jauh dari garisan penamat acara larian Boston Marathon di Massachusetts Amerika Syarikat. 

Kejadian ini dikatakan insiden terburuk di AS selepas kejadian 11 september 2001 di New York. Presiden Barack Obama telah berjanji untuk menangkap pihak yang bertanggungjawab dalam serangan manakala Presiden Rusia, Vladimir Putin telah menawarkan bantuan untuk menyiasat dalang disebalik serangan. 

Siapa dalang disebalik serangan? Adakah angkara pengganas? Apa yang aku tahu, setakat ini pihak berkuasa belum dapat mengenalpasti pihak yang bertanggungjwab namun terdapat dikalangan media barat yang mengaitkan serangan yang belaku dengan pengganas Arab. Sejauh mana kesahihan? Masih dalam siasatan...

Bagi aku tidak mustahil akan ada tuduhan sebegini. Tuduhan yang mengatakan dalang disebalik serangan adalah pengganas Islam. Kenapa orang Islam selalu dituduh sebagai pengganas sedangkan orang Islamlah yang selalu menjadi mangsa keganasan. 

Tengok sahaja di Palestin. Umat Islam Palestin yang mempertahankan tanah air mereka diusir dan dibunuh setiap hari oleh pengganas Israel. Di Afganistan dan di Iraq juga dasyat. Bukan setakat kerajaan dihapuskan tetapi setiap penduduk menjadi mangsa penculikan dan pembunuhan kuasa Barat. Mereka dikurung, diseksa dan entah apa lagi. Di Thailand juga tidak terkecuali. Kerajaan Buddha memerangi umat Islam di Selatan negara tersebut. Di Syria? Di Bosnia? Rohingya? Apa tindakan dunia?

Kalau kita lihat bilangan negara umat Islam banyak tapi umpama buih dilaut yang tidak membahayakan, tidak seperti ombak yang boleh menghempas dan mengubah pantai. Berbeza dengan negara bukan Islam yang terdiri daripada gergasi dunia dan berpengaruh. Tidak ada siapa yang boleh menghalang tindakan mereka. Apabila dikata hitam maka hitamlah. Apabila dikata putih, maka putihlah. Apabila dikata Islam itu ganas, maka seluruh dunia mengecam Islam sehingga Rasulullah SAW sendiri turut dituduh penganjur keganasan. Bagi mereka yang tidak tahu tentang Islam tentu sahaja akan beranggapan sedemikan sedangkan Islam sebenarnya agama yang cintakan kedamaian, keharmonian dan Islam itu tidak menghalalkan permusuhan.

Apa pun aku mengutuk serangan yang dilakukan ke atas Boston. Kasihan orang awam yang menjadi mangsa. Jikalau betul pengganas Islam yang melakukan serangan tersebut memang tidak wajar kerana perbuatan sedemikan menjatuhkan imej dan maruah Islam. Jikalau bukan pengganas Islam, kemungkinan ini adalah salah satu cara kuasa besar melumpuhkan Islam dengan slogan memerangi keganasan. Ini adalah pandangan peribadi aku sahaja...wallahua'lam...

Tuesday 16 April 2013

HARI INI & HARI ESOK...




Tatkala jendela pagi dibuka hening pagi menyinsing sinarnya cerah memancar...

Burung-burung berterbangan mencari saki baki punca rezeki hari semalam untuk santapan hari ini...

Begitulah lumrahnya hari-hari yang berlalu dan hari-hari yang akan datang...

Menyimpan 1001 harapan agar rezeki yang mendatang secerah sinar pagi yang menyinsing...

Moga awan gelap yang datang hanya sementara lalu beredar bila tiba waktunya meninggalkan mentari untuk terus bersinar untuk hari ini dan hari-hari esok...

Entry hari ini adalah nurkilan adik aku (shahrul)...

Sunday 14 April 2013

JOM MASAK : GULAI IKAN MASIN DENGAN NANAS & RENDANG AYAM

Hari nie aku duduk rumah memasak sebab semalam dah jalan2. Jalan2 lah sangat. Sebenarnya aku keluar pergi Persada Johor je tengok Karnival Pengajian Tinggi Negara-Jom Masuk 'U'. Lepas tu balik rumah. 

Ok...hari nie aku nak share 2 resepi dengan korang. Resepi simple je dan rasanya korang semua dah biasa masak iaitu gulai ikan masin dengan nanas dan rendang ayam. Dah lama aku menuntut resepi nie daripada mak aku tapi jarang dipraktikkan. Setiap kali nak masak baru sibuk mencari buku resepi. Macam hari nie, time nak masak time tulah tak jumpa buku resepi. Last2 call mak aku, mintak resepi lagi. Tak pasal2 dah kena bebel. Bebel2 sayang sebab dah membebel dia bagitau jugak..hehe...So, untuk mengelakkan masalah yang sama berulang aku post dalam blog. Senang aku nak masak lepas nie selain share dengan korang semua. Bahan2 yang aku guna nie main agak2, ikut banyak mana yang aku nak masak. Korang pandai2lah agak ek...Jom kita main masak2...heeeee...

Resepi pertama : Gulai ikan masin dengan nanas

Penuh dengan nanas jek gulai aku nie, ikan masin main sembunyi2 pulak...malu letewww...


 Bahan2 yang diperlukan :

  • Ikan masin. Aku guna ikan sepat masin. Ikan masin lain pun boleh. Sape2 yang tak suka masin sangat bolehlah rendamkan ikan masin dalam air...( Pic 1 )
  • Nanas. Potonglah ikut suka korang. Nak potong comel2 boleh panjang boleh... ( Pic 2 )
  • Santan ( Pic 3 )
  • Lada kering, bawang putih, bawang besar, serai, kunyit hidup. Kisar semua ok. ( Pic 4 )
  • Asam keping 
  • Tomato dan lada. Tak payah letak pun takpe
  • Garam dan gula

Cara memasak :

Masukkan santan ke dalam periuk dan masukkan bahan kisar, asam keping. Kacau selalu sampai mendidih. Lepas tu masukkan ikan masin, nanas, garam dan gula secukupnya. Taknak letak garam pun takpa sebab dah ada rasa masin. Akhir sekali masukkan tomato dan lada. Siap....

Resepi kedua : Rendang ayam



Bahan2 yang diperlukan :

  • Ayam (Pic 1)
  • Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas, kunyit hidup. Ikut mak aku dia giling. Tapi ikut aku, aku kisar jek...huhu... (Pic 2)
  • Santan (Pic 3)
  • Kerisik (Pic 4)
  • Daun kunyit dan daun limau purut-mayang
  • Garam dan gula

Cara memasak :

Masukkan ayam dan bahan kisar dalam kuali. Tuangkan santan dan didihkan perlahan2. Kecilkan api dan kacau sesekali sehingga kuah pekat. Letakkan kerisik dan kacau selalu sampai ayam korang empuk dan naik minyak. Masukkan daun kunyit, daun limau purut, gula dan garam. Siap.......



Friday 12 April 2013

ESOK HARI YANG DINANTI

Alhamdulillah esok dah hari sabtu...
Bila dah bekerja tak sabar nak tunggu hujung minggu...
Boleh bangun lewat dan buat apa yang perlu...
Kemas rumah, memasak, layan movie, jalan2 tu semua dalam perancangan aku...hehehe...


Pernah tak sesekali korang rasa seperti apa yang aku rasa ??

Dulu masa belajar aku tak sabar nak bekerja, tak sabar nak pegang duit, tak payah nak mengadap buku dan exam semua. Masa tu aku rasa belajar memenatkan. Sekarang bila dah bekerja aku rasa bekerja tu lagi berganda memenatkan. Penat otak + penat badan + penat emosi. Tanggungjwab pun lebih berat. Time nielah baru rasa bestnya zaman belajar, rindunya zaman belajar...Manusia memang tak pernah puas dengan setiap perkara yang dilakukan, kan??

Kepada adik2 yang masih belajar hargailah zaman belajar kerana nanti bila dah bekerja pasti korang akan merindui zaman belajar. Kepada aku dan korang yang dah bekerja, cintailah pekerjaan kita dan laksanakan tanggungjawab kita dengan sebaiknya. Wallaaa...macam berkempen dah...

p/s : Belajar dan bekerja mana yang best? best belajar? best bekerja? best belajar dan bekerja? tak best belajar dan bekerja. Macam soal selidik pulak...


Wednesday 10 April 2013

WORDLESS WEDNESDAY # 1



Gambar nie kira wordless wednesday ke tak? Aku bukan taw sangat, yang aku tau orang kata wordless wednesday tu "lets the picture tells the story" so betullaa kan...layan dan renung2kan...

Monday 8 April 2013

NAMUN KU PUNYA HATI

Cintailah kekurangan yang wujud dalam diri seseorang itu berbanding kelebihan yang dimiliki kerana kekurangan itu akan mengajar kita untuk lebih bersyukur menghargai satu sama lain. Manakala kelebihan pula akan membuatkan kita begitu percaya dan taksub sehingga lupa untuk berpijak di bumi nyata dan lupa erti kelebihan yang saling melengkapi kekurangan. Betul tak kawan2 ???

Mood aku sedih hari nie. Dah alang2 bersedih, aku tambahkan kesedihan dengan dengar lagu Revolvers guna earphone. Layan perasaan sambil layan mata yang sedikit mengantuk. Menghitung waktu nak balik kerja...
 

Jom layan lirik lagu Revolvers :

Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu

Namunku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin tuhan

Tidakku minta lahir ke dunia
Tidakku duga cacat begini
Bukanku minta kasih dan manja
Bukanku rayu bantu simpati

Maafkan wahai teman
Kumenumpang disudut dunia
Mencari ketenangan 
Sampai masaku pergi jua

Syukur aku dilahirkan cukup sifat. Pernah merasa cacat sementara ketika accident dulu. Jalan berpapah dan bertongkat. Alhamdulillah kembali sihat. 

Sunday 7 April 2013

JOM PEKENA CUCUR UDANG

Aku tak keluar mana-mana hari nie. Duduk rumah tengok muviee, main game, berfacebook, berblogging, makan, tidur. Hari nie lunch beli jek...malas nak masak. Petang nie baru muncul kerajinan nak menyetuh dapur untuk buat juadah petang. Itu pun sebab dah tergoda tengok resepi cucur udang tadi. 


Nie lah rupa cucur udang aku. Aku pangil jemput-jemput udang sebenarnya. Tak jadi macam tuan punya resepi tu...huhu...Tak tahu mana silapnya. Tepung aku pun tak naik.Tapi takpelah janji boleh makan.  Next time try buat lagi. Makan cucur udang dengan kopi kaw2 memang mantap.

JOHOR DARUL TAKZIM VS SELANGOR

Keputusan suku akhir pertama Piala FA  :


Johor Darul Takzim ( 1 )        vs         Selangor ( 2 )
                                                                      

Bukan rezeki kita malam nie. Johor DT teruskan usaha lagi. Kredit aku bagi kat penjaga gol Selangor. Apa pun aku tetap sokong Johor DT walaupun kalah. Luaskan kuasamu.......



Saturday 6 April 2013

JOM JALAN-JALAN : TANJUNG PIAI & PULAU KUKUP

Sebenarnya aku jalan2 dekat Tanjung Piai dan Pulau Kukup nie semasa cuti Chinese New Year hari tu. Hari nie baru aku nak buat entry tentang Tanjung Piai dan Pulau Kukup yang masing2 terletak di dalam daerah Pontian Johor. 

Tanjung Piai

Berkeluasan 926 hektar dan diwartakan sebagai taman negara pada Februari 2004. Merupakan tanah paling selatan benua Asia dan terletak di titik pertemuan antara Selat Tebrau dan Selat Melaka. Kediaman pelbagai jenis unggas dan kehidupan paya bakau yang lain. Bayaran nak masuk RM 5 untuk dewasa. Untuk kanak2 aku tak sure berapa ringgit. Korang yang datang daripada jauh jangan risau pasal penginapan sebab korang boleh stay dekat Tanjung Piai Resort ataupun homestay di kampung berhampiran. Kat sini pun ada disediakan tapak perkhemahan. 

Kali terakhir aku datang Tanjung Piai semasa Perasmian Hari Tanah Lembap Sedunia awal tahun 2000. Beza Tanjung Piai dulu dengan sekarang? Aku rasa sepuluh tahun lalu lebih cantik berbanding sekarang. Sekarang nie macam dah tak cantik. Hutan bakau semakin nipis, hakisan pantai pun dah semakin serius. Pondok dan laluan pejalan kaki pun ada yang rosak...

Sayangnya kunjungan kali nie aku tak dapat sampai ke penghujung pelantar sebab tengah renovate. Jom layan view kat Tanjung Piai nie....









Yang nie pulak view di sekitar Tanjung Piai Resort. Aku ambil gambar waktu petang.




Pulau Kukup 

Ini adalah kunjungan aku buat kali yang pertama. Pulau Kukup merupakan sebuah pulau bakau kecil seluas 647.2 hektar dan dikelilingi kawasan berlumpur. Terdapat lebih kurang 50 spesies bakau tulen dan juga kediaman pelbagai hidupan paya bakau. Diberi status Kawasan Paya Bakau Berkepentingan Antarabangsa (RAMSAR) pada tahun 2003. Nak pergi pulau kukup kena naik bot. Tambang RM 5 pergi dan balik. Nak masuk Pulau Kukup pun kena bayar RM 5 untuk dewasa. Jom layan view sekitar Pulau Kukup...









Sape2 yang datang johor bolehlah singgah ke Tanjung Piai dan Pulau Kukup. Nak kata cantik sangat2 tu tidaklah tapi sesuailah untuk pencinta alam. Monyet banyak gila okey... Jangan bawa makanan confirm monyet tu ikut korang. Aku dah mengalaminya...huhu...

Friday 5 April 2013

SALAM JUMAAT...


Gambar drp google

Biar panas terik memancar membahangi badan
Akan aku lindung dibalik bayangan

Biar kabus hitam menutupi pemandangan
Akan aku lihat dengan cahaya hati

Biar malam menghamburkan kegelapan
Akan aku gagahi menyusuri perjalanan

Biar cahaya rembulan semakin pudar
Akan aku kumpul segala bintang

Biar hidup ini terlalu sukar
Akan aku teruskan dengan usaha dan tawakal


Thursday 4 April 2013

GARLIC BREAD & MUSHROOM SOAP

Dinner malam nie adalah..........

Garlic bread
+
Mushroom soap
+
Buah2 an sebagai pencuci mulut

Resepi nie aku ambil daripada aznanie (garlic bread) dan dapuraulad (mushroom soap). TQVM tuan punya resepi...

Resepi Garlic Bread

Bahan2:
  • Roti perancis
  • Bawang putih (rebus dan cincang kasar)
  • Mentega
Gaul bawang putih bersama mentega. Sapukan atas permukaan roti. Bakar selama 15 minit (160'c) atau sehingga roti garing.


Resepi Mushroom Soap

Bahan2:
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 3 cawan susu segar
  • 3 cawan air
  • 3 sudu tepung jagung
  • 1 keping dada ayam (aku ganti kiub pati ayam)
  • 5-6 ulas cendawan butang-hiris halus
  • lada sulah, lada hitam, garam
  • mixed herb
Tumis bawang putih dan bawang besar sampai wangi. Masukkan mixed herb. Masukkan air, susu, kiub ayam, serbuk lada dan garam. Masukkan cendawan. Masukkan bancuhan tepung jagung. Biar mendidih. Siap...
(Kalau ikut tuan punya resepi, bahan yang dah tumis dan isi ayam dia kisar. Aku tak kisar, sebab malas dan  aku tak guna ayam...)

Selamat mencuba

Wednesday 3 April 2013

FINALLY............



Parliament has been dissolved .....
Elections begin .....

Excited nak mengundi. Rasanya sape yang layak memimpin negara lepas nie??? Shhhhhhhhhh undi adalah rahsia. Pilihan yang bijak ditangan anda sendiri .....
Marilah mari.....kita mengundi.....lalalalalala .....

Tuesday 2 April 2013

HANDSOMENYA KAU.................

Malam nie sementara nak tunggu cerita Cinta Qaseh, aku pun alihlah siaran. Buka ntv7 tengok2 ada cerita A Gentleman's Dignity. Disebabkan ada hero pujaan hati aku, siapa lagi kalau bukan Jang Dong Gun, aku  pun layanlah cerita nie untuk sekian kalinya. Habis terlepas setengah jam cerita Cinta Qaseh...

Hensemnya kau.............Jang Dong Gun............


Dalam banyak2 aktor Korea dia yang aku minat. Start jatuh cinta dengan mamat nie masa tengok cerita All About Eve. Lama dah cerita tu, masa aku sekolah dulu...

Sekarang nie aku dah jarang layan cerita Korea. Adalah hari tu tertengok cerita That Winter The Wind Blows...hensem jugak hero dia si Jo In Sung tu  tapi Jang Dong Gun tetap 10 kali hensem di mata aku. 

Hero2 baru aku tak berapa nak tahu almaklumlah dah jarang layan cerita Korea.