Monday, 29 April 2013

PRU-13 : MENJELANG 5 MEI 2013

Diam tak diam tinggal beberapa hari je lagi nak mengundi. Sekejap je kan masa berlalu. Rasanya hari tu baru je Parlimen dibubarkan. Berdebar pulak nak mengundi. Teruja pun ada yelah pertama kali nak memangkah. Kalau diikutkan, PRU lepas aku dah boleh mengundi. Tapi masa tu aku sibuk study. Tak berapa nak amik tahu sangat tentang politik nie semua.

Pengalaman mengundi dalam PRU memang tak adalahkan tapi kalau pilihanraya kampus tu adalah. Haaaa yang tu pun aku tak amik tau jugak sebab masa tu aku memang tak suka bab-bab politik nie, memeningkan kepala. Ingat lagi masa nak pilihanraya kampus dulu, ramai jugalah calon yang promote diri, masuk kelas bagi ucapan. Pamphlet-pamphlet jangan cakaplah bersepah sana sini. Aku amik taw gitu-gitu je dan aku main pangkah je calon yang aku nak tak kisahlah diorang tu pro aspirasi ke pro mahasiswa, janji hidup aku takda masalah. Alhamdulillah tak pernah kena buang kolej kediaman walaupun budak2 cakap salah pangkah  parti kena tendang kolej. Saje leteww nak gula-gulakan budak-budak baru.

Tu semua kisah dulu-dulu. Tahap kesedaran rendah. Sekarang lain. Sekarang aku dah sedar tanggungjawab aku. Aku dah sedar betapa undi aku tu berharga...cewaahhh. Aku pun dah ada calon pilihan untuk aku pangkah dekat tempat aku nanti. Aku tak terlalu taksub dan obses terhadap parti tertentu. Bagi aku tak ada satu pun parti politik yang sempurna. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Siapa pun calon yang menang nanti diharap mereka dapat laksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan tunaikan manifesto yang dicanang.

jom kita mengundi
jom kita mengundi
jom kita mengundi
jom kita mengundi

jom kita keluar mengundi
jalan tanggungjawab negara demokrasi
jangan kata tiada masa
atau politik bukan untuk kita

Tu antara lirik lagu jom mengundi nyanyian Tomok, Black, Shiha & Ayu. Masa mula-mula dengar aku kutuk cakap ntah apa-apa je lagu nie tapi sekarang? hehe...boleh tersukalah pulak, dah hari-hari dengar kat tv.

12 comments:

  1. Siap dengan lirik lagu lg ye.. hehe. 5 hari lg kak.. Undi anda penentu masa depan negara.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..undi kita penentu msa dpn ngra.menghitung hari detik demi detik...

      Delete
  2. Wah2 siap berlagu lagi ipah.tapi lagu mengundi tu best la dgr .hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. best jugak lah kan..hehe..bolehla layan..

      Delete
  3. tak sabar nak p mengundi, tp kena tggu 2 tahun lagi :D

    ReplyDelete
  4. Mari lah mari..kita mengundi..tunaikan kewajipan pada negara.. lalala.. ^_^

    ReplyDelete
  5. ahad ni dah keluar mengundi..pilih elok2 ya.. :) hehe..

    ReplyDelete