Saturday 22 December 2012

CHIKEN CHOP LA SANGAT...

Taraaaaaaaaaaa............


Inilah rupa chiken chiken chop yang aku buat. First time buat arr..bolehlah kot, boleh masuk tekak...Nak wat coleslaw, mayonis takde..guna ape yang ade jek

KUCING MEOWWW....

Korang semua minat kucing? Aku minat sikit2 je tapi family aku minat giler2 ngan kucing. Dulu2 banyak arr kucing kat rumah aku...opsss rumah abah aku. Sekarang tinggal seekor je. Asalnya kucing2 nie adalah pendatang haram kat rumah nie tapi lama2 dah dapat taraf penduduk tetap. Sekarang yang tinggal hanyalah panjang. Panjang tu nama kucing aku ok. Napa name dia panjang? Apesal takde nama lain ke? Hek elee tak glamour langsung nama panjang tu... Korang pergilah tanya mak aku, dah dia yang bagi nama.



Nie lah panjang

Comel tak? hahaha...taklah comel mana tapi semua orang kat umah ni sayang dia. Dah macam anak bongsu abah ngan mak aku. Adik-adik aku pun siap tidur ngan panjang, kiss panjang, mandikan panjang. Memang layanan 1st claz panjang dapat..makanan pun same arr. Menu panjang hari2 ikan kembung rebus ataupun ikan kembung bakar. Mak aku siap bakar ikan tu guna daun pisang lagi. Ko ader??? haha...ikan pun 1 kilo untuk panjang makan selama 2 hari je..Nasiblah panjang tak pandai makan burger, MCD, KFC. Kalau tak, mau kopak abah aku. Tapi takpelah, sayang kucingkan amalan mengikut sunnah nabi dan segala amalan sunnah nabi akan diberi ganjaran kelak.

Thursday 20 December 2012

AKU GEMUK WEIII...

Sejak aku berubah saiz badan nie, terasa rendah diri gile. Nak beli jeans pun malu takut takde saiz. Dulu zaman aku kurus senang je nak cari saiz. Pssstttt...nak bagitaw nie, dulu pinggang aku saiz 27. Sekarang?sendiri mau ingat...huhuhu...Kadang-kadang rase sentap. Adik2 aku arr suke ejek aku gemuk. Rasa macam nak smackdown je bebudak nie...Nasib aku nie kakak mithali, so hasrat hati aku yang murni tu aku pendamkan je. Bila diorang kutuk, time tu jugak otomatik aku berazam nak kuruskan badan. Tapi semangat nak kurus tu hilang bila aku nampak makanan. Hampehhh aku ni...Makan langsung tak beringat, ikut sedap tekak, sebab tulah sampai sekarang aku tak kurus2. Ditambah plak tiada kutukan berhemah daripada kawan2 aku. Makin semangatlah aku makan.


Dulu pernah jugak minum teh orang kampung tu haaa...semangat nak kurus kononnya. Teh aku minum tapi makan tetap makan lahh...Tapi sekejap je aku minum teh tu sebab tak tahan kuar masuk tandas. Time keje lagilah problem asyik meeting ngan toilet je. Pastu terus tak minum..Sebab tak kisahlah badan aku jadi macam nie...Tu dulu, sekarang tak lagi. Aku dah kisah...hahaha...Aku nak kuruskan badan atas faktor kesihatan. Percaya tak aku nak kurus? Adik2 aku dah tak percaya dah. Lantak dioranglah...huhuhu...akan aku buktikan...hahaha...Sekarang aku dah stop makan malam walaupun sesedap mana lauk tu. Aku cuba orangeslym collagen plak. Cuma yang kurangnya aku takde masa nak exercise..Harap taun baru nie kuruslah aku..

Wednesday 19 December 2012

PIZZA ROTI PALING SENANG


Perut tetiba lapar. Pergi ke dapur takde benda nak makan. Eh...adalah, ada roti ngan peanut butter atas meja. Alaaa...aku tak brapa suka peanut butter nie. Nak wat sandwich, telur ngan sardin pulak takda. Buka fridge, aku nampak cheese. Ahakzz tetiba rase nak wat pizza. Tengok lagi apa brg2 yg ada...hampehhh...Tak dulik, aku nak wat pizza jugak. Malaz nak keluar pergi kedai. So, guna je apa yang ada...Akhirnya siapla pizza aku...pizza roti...hehehe...janji boleh masuk perut walaupun takda rasa dan rupa macam pizza hut, dominos pizza, phd pizza dan yang sewaktu dengannyaaaa...



Hehehe...nie lah rupa pizza roti aku...sila jgn kutuk hodoh okeyy...paling senang nak buat...bahan pun xde...

Bahan-bahan:
  • Roti ( Potong ikut suka)
  • Ayam ( Potong kecik2)
  • Sosej ( Hiris bulat)
  • Carrot ( Potong dadu)
  • Capsicum
  • Tomato
  • Cheese
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Serbuk lada hitam, Garam

Cara-cara:
  • Panazkan sikit minyak, masukkan ayam. Pastu masukkan sos cili ngan tomato. Letak garam dan lada hitam secukup rasa. Siap topping.
  • Ambil roti, sapukan permukaan roti dengan campuran sos. Aku campurkan sos cili, sos tomato dan lada hitam.
  • Pastu letaklah topping, capsicum, sosej kat atas roti. Taburlah cheese...cheese aku ni bercatu, maklumlah...bahan tak berapa nak ada kan. So, nak rase cheese taburlah banyak2.
  • Bakar..siaplah untuk dimakan.
Haaaaa...senang je kan...

Tuesday 18 December 2012

GELANG OH GELANG...

Aku nak jual gelang kristal. Nak beli email kat aku ok. Taw tak email aku ape? Tak payah terkebil2 mata tu. Nie haa email aku  latifahzainal86@yahoo.com. 
Gelang nie ade pelbagai pilihan warna tapi harga yang kat bawah ni tak termasuk kos penghantaran wokeyy...



Silkyblue

         Silkyblue RM 20

 Redlyver

 Redlyver RM 20

 WhityRed

 WhityRed RM 12

 Bluelyver

 Bluelyver RM 12
 Bluewred

 Bluewred RM 12

ASSALAMUALAIKUM!!!!!!



Orang lain berblog aku pun sibuk nak berblog. Sama jugak macam FB tu haaa...Orang lain ade FB aku pun nak FB jugak. Akhirnya wujudlah akaun FB aku tuu..Akaun FB wujud tapi dah berkurun aku tak update. Biaselah aku CEO mana ade masa kan..kan..kan. Blog ni pun entahla...takut berhabuk, bersawang nanti. Apa pun, penulisan aku dalam blog ni bertujuan untuk berkongsi pelbagai kisah yang berlaku di sepanjang coretan masa. Diharapkan kita semua dapat memanfaatkan segala informasi dan kebaikan daripada apa yang dikongsi dan dipaparkan di sini, TQ.. Ayat skemala plak..hahaha....