Tuesday, 26 March 2013

BUAH NAM NAM VS BUAH KEDONDONG

Kenal buah apa nie? nie lah buah nam nam dan buah kedondong.


Dapat buah-buahan nie dekat rumah atok aku hari tu. Aku bagi kat kawan2 suruh diorang rasa especilly buah nam nam. Ada yang teragak-agak nak makan sebab tak pernah makan.

Aku sejak kecil kenal buah nam nam dengan nama nam nam. Tapi, ada juga sesetengah tempat yang panggil dengan nama lain seperti buah katak puru. Maybe disebabkan kulit buah nam2 yang menggerutu kot.

Abaikan rupa buah nie wokeyy. Tengok pada rupa memanglah tak berapa cantik berbanding buah-buahan lain tapi rasa tu yang penting. Buah nam nam nie kalau warna kuning, manis rasanya tapi kalau yang warna hijau boleh kecut perut dibuatnya. Sedap makan mentah cicah garam. 

Begitu jugak dengan buah kedondong. Sedap dimakan begitu saja ataupun dibuat jeruk. Korang boleh jugak buat jus. Aku suka buat jus buah kedondong asam boi. Panas tengah hari kalau dapat minum jus buah kedondong asam boi memang lega.

yang nie takda asam boi...aku letak serbuk asam..

Kata orang buah nam nam dan buah kedondong kaya dengan khasiat perubatan, boleh dijadikan ubat darah tinggi dan kencing manis...wallahu a'lam. Nak tahu lebih lanjut silalah search google ekk..

Aku tak tahulah akan datang nanti wujud ke tidak buah nam nam nie sebab takda sape yang berminat nak  komersialkan. Kalau tak cari kat kampung2 memang susahlah nak dapat buah eksklusif nie. Sekarang nie buah nam nam tak banyak, yang banyak gangnam style jek...kan...

15 comments:

  1. Sedapnya. Lama tak makan buah nam nam tuh. Dulu ada pokok sebalah umah tapi dah tebang. kehkeh. Tapi kat Kelantan biasanya orang panggil macam yang akak cakap tadi tu. Buah katak puru :D

    ReplyDelete
  2. buah nam-nam tu buah katak puru org klantan paggil..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini kteorang pgl buah nam2..walaupun nama berbeza tp buahnya same..

      Delete
  3. kat pantai timur, mmg buah tu dipanggil buah katak puru. tp ni 1st time dgr dengan panggilan lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat tempat akak mmg dipanggil buah nam2..dulu pun x taw buah nam2=buah katak puru sampailah sorg member kat u bgtaw

      Delete
  4. buah nam-nam tu sedap... bunyi pn nk smcm gangnam hehe...pecah air liur tgk gmbaq. pos sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. x ley nak pos la cb..pos opis tempat akak tutp smgu..haha

      Delete
  5. lama x makan
    cair air luir teringat buat tuh.. heheh

    ReplyDelete
  6. Tak pernah dengar plak buah nam nam ni... tapi nampak mengiurkan tu....

    ReplyDelete
  7. sedapnyeeeee...buah kegemaran sy tu...buah katak puru payah dh nk dapat skng..meleleh ari liur dh ni...slurppppppp

    ReplyDelete
  8. xpernah rasa lagi buah nam2. buah kedondong di utara panggil buah mra. hihi ss suka buat jeruk.kekeke :)

    ReplyDelete
  9. baru first time dengar nama buah ni.. hehehe..
    tanya mak. mak kata buah ni sedap.. teringin pula nak rasa =D

    ReplyDelete
  10. kalau dibuat jus memang sedap kan..hehe..lagi2 letak asam boi..sedap minum masa cuaca panas.. :)

    ReplyDelete
  11. mak aiza suka makan dua-dua jenis buah tu.. aiza pula tak suka.. hehe..

    ReplyDelete