Sunday, 26 May 2013

MEE REBUS

Mee rebus merupakan salah satu makanan kegemaran aku selain daripada mee sup dan mee bandung. Mee kari aku tak berapa minat sangat. Dulu, dekat sekolah menengah waktu rehat je memang aku cari mee rebus sebab mee rebus makcik kantin tu memang sedap. Kuah dia memang pekat, manis...pendek kata memang superb la mee rebus makcik nie...

So, hari nie aku nak share resepi mee rebus tapi bukanlah mee rebus resepi makcik kantin aku tu. Yang tu tak sempat berguru pun. Resepi mee rebus nie aku ambil daripada mak kawan aku...


Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 200 gm mee kuning
  • 500 gm daging-rebus empuk
  • 150 gm lengkuas
  • 200 gm bawang merah
  • 150 gm halia
  • 150 gm bawang putih
  • 150 gm serai
  • 500 gm keledek-direbus dan dikisar
  • 100 gm udang kering-dikisar
  • 150 gm taucu
  • rempah kari
  • minyak masak
  • garam, gula, serbuk perasa

( kadang2 aku tak ikut pun berapa gm tu semua, aku main agak2 je ikut banyak mana nak buat. Macam pic kat atas tu aku main agak2 je, tak ikut pun sukatan )

Cara membuat :
  • Kisar lengkuas, bawang merah, halia, bawang putih dan serai. Tumis hingga wangi
  • Masukkan udang kering dan taucu
  • Masukkan rempah kari 
  • Masukkan air rebusan daging
  • Masukkan keledek yang dikisar, gula, garam dan serbuk perasa
  • Dah mendidih bolehlah dihidangkan bersama dengan mee yang telah dicelur
  • Hiaskan dengan cili, telur rebus, limau kasturi, daun sup dan bawang goreng. Siap untuk dimakan





11 comments:

  1. saya un suka mee rebuss.. tapi lebih2 suka kalau bihun ...heheh~~

    ReplyDelete
  2. wah.pandai akak masak kan..hehe..

    ReplyDelete
  3. pandai masak eh..hehe

    anda di tag :)
    http://lynathegojes.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html

    ReplyDelete
  4. sedapnya ifah.. tak pernah lagi cuba buat mee rebus.. selalu nak makan beli yang dah siap.. terima kasih berkongsi resepi.. boleh cuba nanti.. :D

    ReplyDelete
  5. menarikkk..saya pun suka makan mee rebus..hehehe

    ReplyDelete
  6. Saya kompius mee rebus dengan mee kari. Hee macam sama je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mee rebus ada keledek..tu kuah manis sikit.

      Delete
  7. timekasi share resipi^^.. mengancam nmpk mee rebus tu

    ReplyDelete
  8. Kalau mknan jenis mcm ni mmg lisa suka gak..mee rebus,mee sup,laksa,erm..yummysssss...hee..thanks ipah share resepi.. :)

    ReplyDelete