Monday 6 May 2013

TAMAT SUDAH......

Salam Isnin semua. Mata agak mengantuk di awal pagi nie. Tak cukup tidur menunggu keputusan penuh Pilihan Raya Umum (PRU) malam tadi, lambat sangat. Kalau tak ada apa2 hal, biasanya pukul 11 aku dah  masuk tidur. PRU punya pasal aku gagahkan diri di depan tv. Amik kau...pagi2 lagi aku dah pegi pantry buat secawan kopi.

Semoga menjelang tengahari & petang aku tak jadi seperti ini...

Tamat sudah PRU 13 dengan mandat untuk mentadbir negara diberi kepada Barisan Nasional (BN).  Tahniah kepada BN. Tahniah kepada yang berjaya. Yang kurang berjaya boleh cuba lagi dalam PRU akan datang. Kepada wakil rakyat semua, i'm watching your performance. Semoga janji ditepati. Kepada kawan2 semua, jangan mudah terpengaruh dengan unsur2 yang tidak berfaedah yang akan membuatkan kita jadi tidak berpuas hati dengan kehidupan kita...

Jom hayati lirik lagu nie

anak kecil main api
terbakar hatinya yg sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang

nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa antara kita
cinta lenyap di arus zaman

indahnya bumi kita
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ke tangan yang lain
kita kan merintih sendiri

jangan buang waktu lagi
majulah raih sebuah mimpi
hapuskan sengketa teruskan usaha
kita kan gagah dinusantara (3x)
kita kan gagah dipentas dunia

Sekian...Aku nak buat kerja. Bersama ke arah mutu kerja yang lebih baik...PEACE ^-^

18 comments:

  1. hehe..saya malas nak tunggu kak..lambat sangat terlentok sudah..hoho..
    selamat berkerja..
    (*redha saja dgn pru13 sbb tak dapat mengundi tahun nie.. hehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak semangat nak tahu tu yg sngup tggu...

      Delete
  2. mujur hari ni cuti.smlm tunggu smpai jam 3 pagi pun xhabis lg huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. untungla dia cuti...tggu jugak pengumaman kot la cuti tapi hampehhh..huhu..

      Delete
  3. huwaa..dah kerja hari nie..:)

    ReplyDelete
  4. selamat bekerja kembali ipah...

    pssttt..kelakar la picture tu...kakakkaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sheila...alhamdulillah tak jadi mcm pic pun td..

      Delete
  5. penang cuti arini... dpt la jugak keluar cari kerja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya la dpt cuti..good luck semoga berjaya

      Delete
  6. takde gambar jari ke? haha..

    Johor tak cuti. Cis!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar jari xde..teruja nak mengundi sampai tak terambil gambar..hehe..tu la pasal azie,tggu jugak kotla ada pengumuman cuti.xde la plak..

      Delete
  7. didiey xtunggu pown...hihi
    malas nk tgk result

    ReplyDelete