Sunday 12 May 2013

OHH IBU...

Ingatan kepada ibu tidak semestinya pada hari ibu sahaja kerana ingatan kepada ibu telah menjadi satu kemestian secara semulajadi. Apa yang pasti sambutan hari ibu akan menebalkan lagi ingatan kita kepada ibu kita.

Selamat hari ibu buat insan yang bergelar ibu di seluruh dunia. Tanpa mereka kita tak mampu melihat dunia & kenal erti kehidupan. Khusus buat nenek yang melahirkan emak & seterusnya melahirkan aku ke muka bumi ini untuk melihat segala keindahan & kesempurnaan ciptaannya diucapkan terima kasih atas segala-galanya.

Biarpun hidup tak seindah yang disangka dan tak sesusah yang diduga, terima kasih atas semuanya, yang tak mungkin terbalas dengan segunung permata. Moga kita diberi peluang & ruang untuk lebih mengerat & saling mengenali begitu pentingnya hidup dalam ikatan penuh bahagia. Selamat Hari Ibu, Ibu ratu hatiku...


Tiada aku tanpa ibu
Hanya kau satu di dunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kaulah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapaku mengharap
Hadir dan restumu ibu
Membawaku kesyurga


Ini adalah antara lirik lagu Belaian Ibu nyanyian Hijjaz...Nak dengan bolehlah cari...

12 comments:

  1. hrhr..baru ada peluang tengok muka akak..hoho.. selamat hari ibu seluruh dunia.. :)

    ReplyDelete
  2. selamat hari ibu utk ibu :)

    ReplyDelete
  3. betul Ipah..ingatan untuk ibu tak semestinya pada hari2 tertentu sahaja..setiap hari adalah hari untuk mengingati ibu/bapa..cun la ipah.baru nampak muka naa :)

    ReplyDelete
  4. yeah...cayang mama n mak!!!

    kak,,cer dengar lagu ibu, haddad alwi ft farhan...best!

    ReplyDelete
  5. kasih ibu sepanjang zaman ... :)

    ReplyDelete
  6. setiap hari adalah hari ibu.. selamat hari ibu kepada ibu2 di seluruh dunia.. :D

    ReplyDelete
  7. Indeed!
    Happy Mother's Day!
    Comel akak bersama ibu terchentaa :')

    ReplyDelete
  8. I love my mom.. Rindu dowh.. tu la pasal, siapa suh study jauh2.. hehe

    ReplyDelete
  9. selamat hari ibu..setiap hari adalah hari ibu... :)

    ReplyDelete
  10. selamat hari ibu untuk yg bernama wanita :)

    ReplyDelete
  11. hari2 adalah hari ibu... :)

    ReplyDelete