Wednesday 15 May 2013

AKU BUKAN CIKGU

Dulu kecik-kecik bila cikgu tanya nanti dah besar nak jadi apa, jawapan aku "saya nak jadi cikgu". Daripada darjah 1 sampai darjah 6 itulah cita-cita aku. Kebanyakkan kawan-kawan sekelas aku pun cita-citanya sama, nak jadi cikgu. Mungkin disebabkan faktor persekitaran. Adalah beberapa orang yang nak jadi doktor, saintis. Tak kurang juga ada yang nak jadi penyanyi tapi sampai sekarang, tunggu punya tunggu tak ada pulak kawan aku  tu buat album. Kalau tak boleh minta sign...hehe...

Masuk sekolah menengah dah ada dua cita-cita pulak. Nak jadi cikgu dengan peguam. Tapi kerjaya peguam   kena lupakan sebab Bahasa Inggeris aku masa SPM 3B. Lepas tu Muet pun tak dapat band 4, band 5. Memang aku tak mohonlah jurusan undang-undang.  So aku pun mohon kursus perguruan. Tapi tak sangkut juga. Aku tak dapat tawaran kursus perguruan pun masa kat universiti, aku dapat kursus lain...

Habis belajar, aku ada juga mohon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)...Dah 2 kali aku amik ujian Malaysian Teacher Selection Test (MTeST) tapi tak lepas-lepas. Nampak sangat aku tak layak nak jadi cikgu agaknya. Ujian bertulis pun dah tak lepas. Mungkin bukan rezeki aku nak jadi cikgu. Mungkin rezeki aku untuk pekerjaan lain. Tapi kalau KPLI buka pengambilan lepas nie aku nak cuba lagi...Manalah tahu ada rezeki kan...hehe...

Pada aku bukan senang nak jadi cikgu sebenarnya. Hanya mereka yang terpilih sahaja yang layak mendidik anak bangsa. Tanggungjawab cikgu besar, perlukan kesabaran yang tinggi lebih-lebih lagi pada zaman yang mencabar sekarang nie. Budak-budak sekarang lebih advance serba serbi. 

Kalau zaman aku sekolah dulu, kami semua tak berani nak lawan cakap cikgu. Cikgu marah pun diam je, tak berani nak tengok muka cikgu. Kalau kena cubit, kena rotan mak bapak cuma cakap bagus, siapa suruh tak ikut cakap cikgu. Zaman sekarang? kebanyakkan pelajar dah berani lawan cakap cikgu, ada yang berani pukul cikgu. Bila kena marah, kena cuit sikit..mak bapak pulak datang sekolah serang cikgu. Macam-macam cabaran dan dugaan seorang cikgu.

Sempena hari guru esok aku nak ucapkan selamat hari guru kepada guru-guru yang pernah mendidik aku. Jasa dan pengorbanan cikgu tak ternilai harganya. Hanya allah yang dapat membalasnya. Tak lupa juga selamat hari guru kepada sahabat-sahabat yang bergelar guru. Semoga Allah merahmati usaha dan niat murni anda...Insyaallah...



14 comments:

  1. selamat hari guru utk semua guru walau guru sandaran part time..ehehe..
    sya pun nak jadi cikgu..masuk pendidikan..tapi tak ada rezeki

    ps./ kak yg MEDSI tu sya tak dapat join sbb tak ada transport..tak ada rezeki.. ;)

    ReplyDelete
  2. best entri ni :)

    kkadang2 orang yang bercita2 nak jadi guru ni cita2nya xkesampaian. hana pula nak jadi nurse dari kecik sampai sekarang tapi skrag dah jadi bakal guru :) apa2 pun nurse dan guru tu xlari daripada berkhidmat untuk masyarakat :)

    p/s: sangat jeleous bila p hospital tengok nurse.huhu

    ReplyDelete
  3. Kenangan terindah.
    Sama je cita-cita kita dulu kak. Tak cikgu, peguam, tak peguam doktor, tak doktor polis. Hahahaa.

    Anyway, selamat hari guru buat semua guru-guru di seluruh muka bumi. In shaa Allah.

    ReplyDelete
  4. inshaALLAH ada rezeli 2 nanti =) smoga cita2 tercapai.. slamat hri guru

    ReplyDelete
  5. tanpa guru siapalah kita..kan²..:)

    ReplyDelete
  6. betul tu ipah...budak2 zaman sekarang xsama macam dulu...huhu...xtau kenapa...skrg timbul macam-macam masalah sosial, buli ...pukul cikgu... apapun, semoga tugas sebagai guru dapat dilaksanakan dengan ikhlas dan amanah... hanya Allah sahaja yg dapat membalas jasa guru :)

    ReplyDelete
  7. tak suka jadi cikgu..hahaha!!

    ReplyDelete
  8. tak reti nak mengajar orang supaya faham.. jadi tak sesuai jadi cikgu kot.. hehe..

    ReplyDelete
  9. btl tu... susah nak jadi guru ni

    ReplyDelete
  10. x terbalas jasa guru kak... masa kecik2 dulu pun ada jg pasang niat jd cikgu.. tp xde rezki...

    ReplyDelete
  11. betul kak, jasa cikgu x terbalas rasanya :)

    ReplyDelete
  12. betul2..uni pun masa zaman sekolah,mana penah repot abah kalau kena denda..xberani.sebab uni tau,,uni yang salah.

    budak2 zaman skg??hmmmm...

    ReplyDelete
  13. selamat hari guru :)

    jom join MINI GA saya hari ni, nak.

    hadiah nya tepung segera red velvet

    http://lobaksusue.blogspot.com/2013/05/qr-mini-giveaway-pertama.html

    ReplyDelete
  14. rindu kt cikgu skolah..huhu

    ReplyDelete