Friday 24 May 2013

ADAB BERJIRAN

Salam Jumaat...

Jiran merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Jika berlaku sesuatu perkara yang buruk, jiranlah orang pertama mengetahui dan menolong sebelum orang lain. Oleh itu hubungan dengan jiran perlu dijaga supaya hidup menjadi tenteram. Ada jiran yang baik dan ada yang cerewet. Ada jiran yang merasa dirinya sentiasa betul manakala orang lain sentiasa salah. Untuk meredakan keadaan, maka perlu ada sifat timbang rasa di kalangan mereka yang hidup berjiran.

Pic drp google

Adab khusus berjiran:
  1. Jangan biasakan mengintai atau melihat ke dalam rumah jiran, atau melihat isterinya atau melihat wanita-wanita yang ada dalam rumah tersebut. Semua itu adalah aurat iaitu aurat dalam rumah dan isteri jiran itu sendiri merupakan aurat. Isteri jiran juga seperti perempuan lain yang tidak boleh direnung dan diamati sebagaimana merenung isteri sendiri.
  2. Tidak memasuki rumahnya tanpa izin. Walaupun telah berjiran sejak sekian lama dan sudah dianggap sebagai satu keluarga, tetapi jiran tetap jiran...tidak boleh diambil ringan dengan bebas keluar masuk rumahnya tanpa keizinannya.
  3. Hendaklah memberi bantuan segera kepada jiran yang ditimpa bencana dan kesusahan. Dalam maksud sebuah hadis: "tidak beriman kepadaku orang yang kenyang sepanjang malam sedangkan jirannya menderita kelaparan."(Riwayat al-Tabrani)
  4. Memberi buah tangan kepada anak-anak jiran atau menyembunyikan apa yang kita bawa masauk ke rumah daripada terlihat olehnya.
  5. Memberi makanan yang masakannya terbau oleh jiran.
  6. Jangan mengganggu atau menghalang kemudahan jiran seperti meletakkan kereta di depan rumahnya atau membina tembok yang menghalang udara masuk ke dalam rumahnya.
  7. Ketika ketiadaannya, menjadi tengggungjawab sosial jiran untuk mengawasi rumahnya.

Jiran sebagaimana maksud hadis Rasulullah SAW ada tiga jenis :

" Jiran tentangga itu ada tiga peringkat. Jiran yang mempunyai satu hak, jiran yang mempunyai dua hak dan   jiran yang mempunyai tiga hak...."

(Riwayat al-Hassan dan al-Bazzar)

Jiran yang mempunyai tiga hak terdiri daripada jiran Muslim yang ada pertalian keluarga. Pertama jiran ini mendapat hak Muslim seperti memberi salam. Hak kedua jiran ini ialah hak kerabat yang memperoleh harta warisan secara faraid. Dan hak ketiganya ialah hak jiran seperti tidak melihat aurat dalam rumahnya dan isterinya. Jiran yang mendapat dua hak merupakan jiran yang terdiri daripada orang Islam. Mereka mendapat hak Muslim dan hak jiran. Seterusnya, jiran yang mendapat satu hak terdiri daripada jiran bukan Islam. Walalupun mereka bukan Islam, mereka tetap mendapat hak jiran.


__________________Prof Surthaman Kastin Hasan________________

10 comments:

  1. Nice entry sis.
    Alhamdulillah, jiran2 nis semua baik2 semuanya.
    Betul2, kita mmg kene jaga hub dgn jiran, susah nt, mereka jugak yg akan dtg tlg kita. ;)

    ReplyDelete
  2. oh..baru tahu..hehe..ada 3 jenis hak jiran2..nice info..tambah ilmu..hehe

    ReplyDelete
  3. bagus perkongsian ni ifah.. kena hormati jiran kita walaupun bukan islam..

    ReplyDelete
  4. nice sharing Alhamdulillah. yes, hormat menghormati tu perlu. dalam hadis pun byk tekankan hal ni :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..jiran semua baik2

    ReplyDelete
  6. jiran y baik akan mbawa muafakat.. :DD kita kena saling bertolak ansur n x sombong antra satu sama lain :DD

    ReplyDelete
  7. yeap ipah..jiran adalah orang terdekat dengan kita... alhamdulillah setakat ni jiran-jiran lisa semua oke je..hee.. dok umah teres memang ramai jiran... hee...

    ReplyDelete
  8. tu lah jiran ni.. kalau yang tak reti nak tolak ansur pun .. payah juga..

    ReplyDelete
  9. ilmu yg brmanfaat..kdg2 no.3 tu xpnh pn org ambil thu..yg ada pn sglintir je..no.3,4,5 & 6 slalu brlaku dan pnh tgok

    ReplyDelete