Saturday 6 April 2013

JOM JALAN-JALAN : TANJUNG PIAI & PULAU KUKUP

Sebenarnya aku jalan2 dekat Tanjung Piai dan Pulau Kukup nie semasa cuti Chinese New Year hari tu. Hari nie baru aku nak buat entry tentang Tanjung Piai dan Pulau Kukup yang masing2 terletak di dalam daerah Pontian Johor. 

Tanjung Piai

Berkeluasan 926 hektar dan diwartakan sebagai taman negara pada Februari 2004. Merupakan tanah paling selatan benua Asia dan terletak di titik pertemuan antara Selat Tebrau dan Selat Melaka. Kediaman pelbagai jenis unggas dan kehidupan paya bakau yang lain. Bayaran nak masuk RM 5 untuk dewasa. Untuk kanak2 aku tak sure berapa ringgit. Korang yang datang daripada jauh jangan risau pasal penginapan sebab korang boleh stay dekat Tanjung Piai Resort ataupun homestay di kampung berhampiran. Kat sini pun ada disediakan tapak perkhemahan. 

Kali terakhir aku datang Tanjung Piai semasa Perasmian Hari Tanah Lembap Sedunia awal tahun 2000. Beza Tanjung Piai dulu dengan sekarang? Aku rasa sepuluh tahun lalu lebih cantik berbanding sekarang. Sekarang nie macam dah tak cantik. Hutan bakau semakin nipis, hakisan pantai pun dah semakin serius. Pondok dan laluan pejalan kaki pun ada yang rosak...

Sayangnya kunjungan kali nie aku tak dapat sampai ke penghujung pelantar sebab tengah renovate. Jom layan view kat Tanjung Piai nie....









Yang nie pulak view di sekitar Tanjung Piai Resort. Aku ambil gambar waktu petang.




Pulau Kukup 

Ini adalah kunjungan aku buat kali yang pertama. Pulau Kukup merupakan sebuah pulau bakau kecil seluas 647.2 hektar dan dikelilingi kawasan berlumpur. Terdapat lebih kurang 50 spesies bakau tulen dan juga kediaman pelbagai hidupan paya bakau. Diberi status Kawasan Paya Bakau Berkepentingan Antarabangsa (RAMSAR) pada tahun 2003. Nak pergi pulau kukup kena naik bot. Tambang RM 5 pergi dan balik. Nak masuk Pulau Kukup pun kena bayar RM 5 untuk dewasa. Jom layan view sekitar Pulau Kukup...









Sape2 yang datang johor bolehlah singgah ke Tanjung Piai dan Pulau Kukup. Nak kata cantik sangat2 tu tidaklah tapi sesuailah untuk pencinta alam. Monyet banyak gila okey... Jangan bawa makanan confirm monyet tu ikut korang. Aku dah mengalaminya...huhu...

12 comments:

  1. serius dua2 tempat ni sya tak pernah dgr namanya..hhuhu..banyak tempat2 kat ma;laysia yg belum ada kesempatan nk jenguk..huhu..tapi dh berangan nak ke oversea..hehe.. banyak monyet? mcm kat bukit melawati pulak kan..mmg takut2 nak g

    ReplyDelete
    Replies
    1. jomla cuti2 msia dulu pastu baru kite g cuti2 oversea..hehe..seyes monyet banyak.dia cuma nak makanan jek.dapat mknn dia lari

      Delete
  2. pernah pergi hari tu tapi tak sampai pun kat jambatan gantung tu..yang tu kat pulau kukup ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp..jambatan gantung tu kat pulau kukup

      Delete
    2. pulau kukup tu area tanjung piai jugak ke?

      Delete
    3. pulau kukup area kukup.tanjung piai area serkat.dekat2 lah jugak.azie jumpa simpang 3 yg kat balai polis tu kan.kalau belok akan ke tanjung piai.kalau terus akan ke kukup.

      Delete
    4. haaa memang perasan pun kat simpang tu..
      xpe2,nanti try pergi lagi..thanks yer..^_^

      Delete
  3. Saya org pontian, tg piai tu dah sampai la. Tapi pulau kukup blm lagi. Nak naik bot tu kat mana ya? Dah ke kukup nun tapi tak tau nak amik bot kat mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeti nak g pulau kukup dekat2 dgn restoren.jgn tersalah jeti pulak.kalau pergi ke jeti international tu ke batam la awk jwbnya.plg sng g je kat pjbt tmn ngra.nnti ade pgawai yg akan escort

      Delete
  4. assalamualaikum,

    nak tanye. plan nak pergi pulau kukup and tanjung piai. So mana sesuai utk cover dulu? Saya dari Skudai..

    ReplyDelete
  5. sy bercadang nak ke tanjung piai.senang ke nak cari kawasan penginapan

    ReplyDelete