Friday 26 April 2013

HIDUP...




Hidup satu laluan yang sukar bagi mereka yang malas berusaha dan mahukan sesuatu yang datang bergolek di depan mata....Mereka mahukan kesenangan tanpa perlu berusaha dan jika ditimpa bala kesusahan mereka inilah yang bakal kecundang dan terus berkubur dari landasan hidup yang sebenar...

Bagi mereka yang gigih berusaha, mereka juga tidak terkecuali menerima dugaan yang mendatang...Tapi berkat dengan kesungguhan dan semangat berusaha yang tidak pernah padam mereka inilah yang bakal mengecapi nikmat kejayaan dan kesejahteraan hidup...

Sedangkan ulat di dalam batu pun boleh hidup, inikan pula manusia, ye tak? Yang penting kena berusaha, tak mudah berputus asa serta sentiasa berdoa kepada Allah...Insyaallah segalanya dipermudah..

P/S : Salam jumaat semua...jumuaah barakah...jangan tinggal al kahfi & selawat nabi...

8 comments:

  1. Hidup penuh pengorbanan,pengorbanan perlukan perjuangan,perjuangan perlukan ketabahan,ketabahan perlukan keyakinan,keyakinan pula menentukan kejayaan,dan kejayaan pula menentukan kebahagiaan :) - ipah ayat kopipasta je nie.hehe salam jumaat dear :)

    ReplyDelete
  2. salam jumaat fahz..ayat kopipasta pun kopipastalah..boley jgk jdikan kata2 semangat.tq dear..

    ReplyDelete
  3. thanks ifah atas ingatan tu... setiap manusia mempunyai dugaan / ujian hidup yang telah ditetapkan Allah SWT ... terserah kita untuk memilih jalan penyelesaiannya dari sudut positif atau negatif ...salam jumaat ifah ... :)

    ReplyDelete
  4. Allahumma solli ala saidina muhammad...

    ReplyDelete
  5. utk hidup kita perlu berjuang, kerana hidup adalah sebuah perjuangan. Perit getir dan susah payah adalah mehnah dlm perjuangan hidup

    ReplyDelete
  6. betul tu.. tanpa berusaha kejayaan takkan dtg bergolek

    ReplyDelete
  7. entri ni bagi saya semangat..hehe..
    dah sekarang tengah down..tapi saya percaya kalau kita ada usaha..lambat laun Allah akan berikan kta kesempatan dan kemudahan

    ReplyDelete