Saturday 9 March 2013

UKM...AKU DATANG !!

Hari nie aku berkunjung ke UKM. Terlanjur datang KL, singgah sekejap di sini melawat adik aku kat Kolej Rahim Kajai. Diam tak diam dah final semester dah budak ni. Kalau diikutkan, dah lama jugaklah aku tak datang UKM. Kali terakhir aku datang masa konvokesyen dulu, tahun 2009.

Hari nie pun aku singgah UKM sekejap je.  Bila tengok2 tadi banyak juga perubahan yang dah berlaku kat UKM nie. Fakulti aku antaranya. Dulu Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, sekarang dah tukar nama Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Bila masa tukarnya aku pun tak tau. Memang dah ketinggalan aku nie. Disebabkan kesuntukan masa, aku tak dapat nak merayap ke Pusanika, PTSL dan Kolej Pendeta Za'ba. Kolej Pendeta Za'ba nie antara salah satu kolej kediaman yang pernah aku duduk. Aku paling suka kolej nie sebab banyak cafe. Senang buat pilihan kalau nak beli makanan. Aku paling suka cafe Setia Murni. Entah ada lagi ke tidak. Apa pun terubat juga rindu aku kat UKM ni...

Gambar kenangan masa konvo dulu

Kata aku :
kenangan yang indah sentiasa tersemat dihati....
 kenangan pahit ?? biarkan ia pergi, jangan diingat lagi......

Kata adik aku - Ajib :
kenangan sentiasa mengusik jiwa
kadangkala terlintas tanpa diduga
tersenyum ketawa duka dan lara
jadi penghibur setiap masa...

Kata adik aku - Ayul :
tatkala kenangan itu datang
aku tersenyum sendirian
tak kiralah ia suka mahupun duka...
teringat helaian masa yang telah menebal menjadi sebuah buku
dan titik noktah sebuah perjalanan panjang...
setiap masa yang berlalu itu tertulis sebagai kenangan 
yang menjadi rujukan 
untuk mendepani masa depan yang belum tahu penghujungnya
pasti akan ku jaga ia sebaiknya..

Tqvm Ajib dan Ayul

P/S : Bile masa LRT guna token kengkawan, dulukan guna tiket ? uwaaaaa ketinggalan lagi aku...taw tak betapa gelabahnya aku...lame jugak termenung mengadap mesin tu.

4 comments:

  1. benda yg dah lama ditinggalkan kta selalu tak perasan perubahannya kan.. :)

    ReplyDelete
  2. ss pernah pergi tahun lepas semasa pertandingan nyanyian tu. dah lupa dah.

    token tu sejak tahun lepas kak. ss slalu guna kad t&go. tapi ada la ternampak diorg guna token tu. hehe

    ReplyDelete
  3. ohh..akak x taw pun..lme da x nek lrt

    ReplyDelete