Thursday 4 July 2013

OPERASI BERJAYA

Entry hari nie merupakan kesinambungan daripada entry cik ti datang tanpa diundang tempoh hari. Sepanjang operasi memerangkap cik ti dijalankan, hanya 3 ekor cik ti berjaya ditangkap menggunakan perangkap jenis sangkar. 3 ekor nie pun dah cukup menghuru harakan hidup aku. Nie lah antara salah sekor cik ti yang berjaya aku tangkap menggunakan umpan kelapa bakar macam mak aku selalu buat.


Yang berjaya masuk sangkar 3 ekor, yang aku jumpa 6 ekor. 9 ekor semuanya, banyak gila. Macam kotor je rumah aku nie kan. Yang 6 ekor tu anak tikus. Aku jumpa masa selongkar kabinet dapur. Geli sangat-sangat bila tengok anak tikus yang masih merah dan lembik. Cepat betul diorang beranak pinak. Nasiblah tergerak hati nak selongkar kabinet dapur. Kalau tak memang membesar dengan sihatlah diorang dalam tu...

Tugas aku setakat pasang perangkap jelah. Bila dah masuk perangkap maka selesailah tugas aku. Bab-bab membunuh tikus nie aku bagi kat adik aku. Tak sanggup nak tengok. Walaupun geram, tapi bila tengok cik ti nak dijatuhkan hukuman mati tiba-tiba jadi kesian. Tak sanggup rasanya nak tengok adik aku rendam tikus tu dalam baldi yang penuh air. Nampak kejamkan...huhu...Tapi tulah cara yang abah aku selalu guna. Kini cara tu diwarisi adik aku. Like father like son, so tak boleh nak kata apa...


13 comments:

  1. Cik Ti ni memang..lg kita marah..lg menjadik-jadi..
    *9 ekor tu..byknya..harap misi menangkap tikus ni berjaya* :)

    ReplyDelete
  2. mak cik nor pon buat mcm tu jgk klu nak bunuh tikus tu..hehe

    ReplyDelete
  3. tak pernah rendam2..
    selalu jemur tikus bawah tengah panas je..
    nanti mati terus jadi keras je..

    ReplyDelete
  4. Kami pun pernah dapat cikti ni, pastu masa nak lemaskan dia kecoh satu rumah..sebab masing2 penakut..hehe

    ReplyDelete
  5. gelinya tengok cik ti.. T___T.. Banyak betul ya ..9 ekor tu.. pengsan saya..huhu

    ReplyDelete
  6. he3..sma mcm sy bt..tp utk mgelakkn pmbaziran air, sy bawa p sungai, skrg alhamdulillah dah xde..ramai jga 2 9 ekor..hu3..

    ReplyDelete
  7. banyaknya.. satu family yang serang.. aiza geli dengan makhluk tu..

    ReplyDelete
  8. byknya cik ti...
    kt rumah dgn lipas.. hadoii

    ReplyDelete
  9. Kak mesti comel anak tikus tu kan.. Hehe

    ReplyDelete
  10. Huhuhu...wan paling geli tikus...errrkkk

    ReplyDelete
  11. Banyaknya cikTi kat rumah akak. Meriah la camtu. Hehe. >.<

    ReplyDelete