Friday 7 June 2013

KESEDERHANAAN

Kadang-kadang aku teringin jugak untuk memiliki barangan mahal dan mewah. Bukan untuk tampak lebih hebat dan bergaya tetapi sebagai motivasi kerja. Yelah...dah penat bekerjakan, terubat juga hati tengok aset yang mampu dibeli dan secara tak langsung jadikan diri lebih bersemangat untuk mencari rezeki. Tidaklah sampai aku berbelanja berlebihan-lebihan sehingga perbelanjaan melebihi pendapatan. Sekadar berbelanja mengikut kemampuan sendiri. Kadang-kadang rambang mata juga, tapi kenalah pandai kawal dan menahan kehendak nafsu agar tidak berlebih-lebihan. 

Teringat lagi kata-kata prof dalam kelas dulu, hidup bukan mensyaratkan kita bersikap boros, melebih-lebih dengan apa yang kita ada dan pada masa yang sama bukanlah bermakna kita perlu bersikap terlalu kikir dan kedekut. Apa yang penting adalah besederhana. Kesederhanaan itu kunci kebahagiaan dan mendidik kita untuk bersyukur dengan segala nikmat kurniaannya serta memperingati mereka yang serba kekurangan. Macam tulah lebih kurang apa yang Prof aku sampaikan dulu...Ye Prof, akan kuingat kata-katamu itu, walaupun sesekali tewas juga dengan kehendak nafsu, nak-nak bila bulan Ramadhan. Hilang besederhana dalam membeli makanan. Apa yang nampak semua nak dimakan...huhu... 


12 comments:

  1. 'Wasatiyyah' lah dalam sgala perkara, in shaa Allah. :)
    Nice sharing. Betul kata prof sis tuuu.

    ReplyDelete
  2. saya pun tengah cuba untuk bersederhana..lebih2 lg dlm perbelanjaan..(time shopping)..smoga kita semua diberi kekuatan..:)

    ReplyDelete
  3. Bersederhana dlm segala perkara... Inshaallah :)

    ReplyDelete
  4. jika boleh amalkan kesederhanaan mmg bagus :)

    ReplyDelete
  5. kesederhanaan yang terbaik.. tidak salah sesekali hadiahkan kepada diri sendiri barangan/benda beharga yang diidamkan.. cuma elakkan pembaziran..

    ReplyDelete
  6. beli benda y penting dulu.. kalau duit lebih belilah y disukai ^^

    ReplyDelete
  7. hana pun target bila dapat gaki pertama hana akan beli benda yang hana boleh nampak macam beg ke or benda yang kita nak tapi xmampu.sebab nak meraikan kerjaya kita :) itu gaji pertama. bila gaji seterusnya xbuat dah mcm tu

    ReplyDelete
  8. Yup.. betul tu kak. Bersederhana dalam segala perkara...

    ReplyDelete
  9. Tak salah pun beli barangan mahal untuk diri sendiri. Tapi ikut la kemampuan. ^^ Kalau saya, setakat handbeg je sampai 2,3 ribu, memang tak la. Contoh. Hehe~

    ReplyDelete
  10. assalam,

    memang kita digalakkan bersederhana dalam segala hal...

    ReplyDelete
  11. Assalam..b'sederhana 2 lbh baik :) mknanya kita dh bjya kwal nfsu dgn baik..

    ReplyDelete
  12. kita mudah terikut2 dengan persekitaran..sbb tu kadang2 terlbih boros..huhu.. tapi bersederhana dalam segala hal tu lagi bagus.. :)

    ReplyDelete