Wednesday 19 December 2012

PIZZA ROTI PALING SENANG


Perut tetiba lapar. Pergi ke dapur takde benda nak makan. Eh...adalah, ada roti ngan peanut butter atas meja. Alaaa...aku tak brapa suka peanut butter nie. Nak wat sandwich, telur ngan sardin pulak takda. Buka fridge, aku nampak cheese. Ahakzz tetiba rase nak wat pizza. Tengok lagi apa brg2 yg ada...hampehhh...Tak dulik, aku nak wat pizza jugak. Malaz nak keluar pergi kedai. So, guna je apa yang ada...Akhirnya siapla pizza aku...pizza roti...hehehe...janji boleh masuk perut walaupun takda rasa dan rupa macam pizza hut, dominos pizza, phd pizza dan yang sewaktu dengannyaaaa...



Hehehe...nie lah rupa pizza roti aku...sila jgn kutuk hodoh okeyy...paling senang nak buat...bahan pun xde...

Bahan-bahan:
  • Roti ( Potong ikut suka)
  • Ayam ( Potong kecik2)
  • Sosej ( Hiris bulat)
  • Carrot ( Potong dadu)
  • Capsicum
  • Tomato
  • Cheese
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Serbuk lada hitam, Garam

Cara-cara:
  • Panazkan sikit minyak, masukkan ayam. Pastu masukkan sos cili ngan tomato. Letak garam dan lada hitam secukup rasa. Siap topping.
  • Ambil roti, sapukan permukaan roti dengan campuran sos. Aku campurkan sos cili, sos tomato dan lada hitam.
  • Pastu letaklah topping, capsicum, sosej kat atas roti. Taburlah cheese...cheese aku ni bercatu, maklumlah...bahan tak berapa nak ada kan. So, nak rase cheese taburlah banyak2.
  • Bakar..siaplah untuk dimakan.
Haaaaa...senang je kan...

4 comments:

  1. senang..sebab tak perlu buat doh pizza.
    letih sangat nak buat doh pizza, hehe

    sedap nampak

    ReplyDelete
  2. sedapnya.. lapar pulak bila baca entry nie.. hehe :)

    ReplyDelete