Friday 11 April 2014

RINDUNYA SAYA...

Assalamualaikum dan salam jumaat semua......

Entry terbaru untuk permulaan tahun ini. Hampir 5 bulan blog tidak terusik. Aku rindu sebenarnya. Rindu pada blog, rindu pada rakan-rakan blogger semua. Namun apakan daya, kekangan masa...Dalam masa beberapa bulan nie juga macam-macam perkara berlaku dalam hidup aku. Ada yang menggembirakan, ada yang mendukacitakan, resam kehidupan....

Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi berkunjung ke blog aku nie. Insyaallah aku akan meluangkan masa dan membalas kunjungan anda semua...

Sekian...sampai bertemu lagi....

Tuesday 5 November 2013

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1435


1 Muharram, genap 2 tahun arwah atok atan meninggalkan aku sekeluarga. Kadang jua terasa rindu dibenak akan telatah dan suara arwah. Hanya kenangan terus bersemadi dijiwa walaupun arwah sudah tiada didepan mata. Semoga arwah bahagia di sana dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang telah dijanjikan syurga dan juga dari kalangan orang-orang yang soleh.....Al-Fatihah....

Kepada kawan-kawan semua Selamat tahun baru hijrah 1435. Semoga tahun baru ini memberi semangat baru untuk kita berubah kearah yang lebih baik berbanding sebelumnya. Semoga kita terus diberi kekuatan untuk terus berusaha dan mencari keredhaan Allah hendaknya. Kehidupan adalah persinggahan yang singkat, jangan dibazirkan dan rebut segala yang terbaik untuk kita...