Aku tertarik nak mengulas sedikit isu mengenai letupan bom di Boston. Menurut laporan akhbar, kejadian yang belaku kira-kira jam 3 petang (isnin waktu tempatan) telah menyebabkan 3 kematian, 134 cedera dengan 17 orang kritikal manakala 25 lagi cedera parah apabila 2 bom meletup tidak jauh dari garisan penamat acara larian Boston Marathon di Massachusetts Amerika Syarikat.
Kejadian ini dikatakan insiden terburuk di AS selepas kejadian 11 september 2001 di New York. Presiden Barack Obama telah berjanji untuk menangkap pihak yang bertanggungjawab dalam serangan manakala Presiden Rusia, Vladimir Putin telah menawarkan bantuan untuk menyiasat dalang disebalik serangan.
Siapa dalang disebalik serangan? Adakah angkara pengganas? Apa yang aku tahu, setakat ini pihak berkuasa belum dapat mengenalpasti pihak yang bertanggungjwab namun terdapat dikalangan media barat yang mengaitkan serangan yang belaku dengan pengganas Arab. Sejauh mana kesahihan? Masih dalam siasatan...
Bagi aku tidak mustahil akan ada tuduhan sebegini. Tuduhan yang mengatakan dalang disebalik serangan adalah pengganas Islam. Kenapa orang Islam selalu dituduh sebagai pengganas sedangkan orang Islamlah yang selalu menjadi mangsa keganasan.
Tengok sahaja di Palestin. Umat Islam Palestin yang mempertahankan tanah air mereka diusir dan dibunuh setiap hari oleh pengganas Israel. Di Afganistan dan di Iraq juga dasyat. Bukan setakat kerajaan dihapuskan tetapi setiap penduduk menjadi mangsa penculikan dan pembunuhan kuasa Barat. Mereka dikurung, diseksa dan entah apa lagi. Di Thailand juga tidak terkecuali. Kerajaan Buddha memerangi umat Islam di Selatan negara tersebut. Di Syria? Di Bosnia? Rohingya? Apa tindakan dunia?
Kalau kita lihat bilangan negara umat Islam banyak tapi umpama buih dilaut yang tidak membahayakan, tidak seperti ombak yang boleh menghempas dan mengubah pantai. Berbeza dengan negara bukan Islam yang terdiri daripada gergasi dunia dan berpengaruh. Tidak ada siapa yang boleh menghalang tindakan mereka. Apabila dikata hitam maka hitamlah. Apabila dikata putih, maka putihlah. Apabila dikata Islam itu ganas, maka seluruh dunia mengecam Islam sehingga Rasulullah SAW sendiri turut dituduh penganjur keganasan. Bagi mereka yang tidak tahu tentang Islam tentu sahaja akan beranggapan sedemikan sedangkan Islam sebenarnya agama yang cintakan kedamaian, keharmonian dan Islam itu tidak menghalalkan permusuhan.
Apa pun aku mengutuk serangan yang dilakukan ke atas Boston. Kasihan orang awam yang menjadi mangsa. Jikalau betul pengganas Islam yang melakukan serangan tersebut memang tidak wajar kerana perbuatan sedemikan menjatuhkan imej dan maruah Islam. Jikalau bukan pengganas Islam, kemungkinan ini adalah salah satu cara kuasa besar melumpuhkan Islam dengan slogan memerangi keganasan. Ini adalah pandangan peribadi aku sahaja...wallahua'lam...
Betul tu Ipah.Islam selalu saja dipandang hina dari zaman Rasulullah SAW hingga la sekarang.Penindasan ke atas Agama Islam akan terus berlaku sehingga kiamat.Tak sabar rasanya melihat Islam bangkit dan menentang segala kekejaman dan tuduhan ini.
ReplyDeletebenci la bila barat selalu pukul canang kata semua yang berlaku angkara puak2 islam pngganas... itu cuma agenda tersembunyi diaorang supaya golongan2 barat ni terus pandang yg islam ni agama pngganas.. huhu.. harap satu hari nanti Islam smua akan bangkit..dn bersatu
ReplyDeleteyup betul tu.islam jela yang selalu kena pun.kalau benda dari dorang sendiri pandai plak buat2 tak nampak.dunia2..
ReplyDelete