Sunday, 14 April 2013

JOM MASAK : GULAI IKAN MASIN DENGAN NANAS & RENDANG AYAM

Hari nie aku duduk rumah memasak sebab semalam dah jalan2. Jalan2 lah sangat. Sebenarnya aku keluar pergi Persada Johor je tengok Karnival Pengajian Tinggi Negara-Jom Masuk 'U'. Lepas tu balik rumah. 

Ok...hari nie aku nak share 2 resepi dengan korang. Resepi simple je dan rasanya korang semua dah biasa masak iaitu gulai ikan masin dengan nanas dan rendang ayam. Dah lama aku menuntut resepi nie daripada mak aku tapi jarang dipraktikkan. Setiap kali nak masak baru sibuk mencari buku resepi. Macam hari nie, time nak masak time tulah tak jumpa buku resepi. Last2 call mak aku, mintak resepi lagi. Tak pasal2 dah kena bebel. Bebel2 sayang sebab dah membebel dia bagitau jugak..hehe...So, untuk mengelakkan masalah yang sama berulang aku post dalam blog. Senang aku nak masak lepas nie selain share dengan korang semua. Bahan2 yang aku guna nie main agak2, ikut banyak mana yang aku nak masak. Korang pandai2lah agak ek...Jom kita main masak2...heeeee...

Resepi pertama : Gulai ikan masin dengan nanas

Penuh dengan nanas jek gulai aku nie, ikan masin main sembunyi2 pulak...malu letewww...


 Bahan2 yang diperlukan :

  • Ikan masin. Aku guna ikan sepat masin. Ikan masin lain pun boleh. Sape2 yang tak suka masin sangat bolehlah rendamkan ikan masin dalam air...( Pic 1 )
  • Nanas. Potonglah ikut suka korang. Nak potong comel2 boleh panjang boleh... ( Pic 2 )
  • Santan ( Pic 3 )
  • Lada kering, bawang putih, bawang besar, serai, kunyit hidup. Kisar semua ok. ( Pic 4 )
  • Asam keping 
  • Tomato dan lada. Tak payah letak pun takpe
  • Garam dan gula

Cara memasak :

Masukkan santan ke dalam periuk dan masukkan bahan kisar, asam keping. Kacau selalu sampai mendidih. Lepas tu masukkan ikan masin, nanas, garam dan gula secukupnya. Taknak letak garam pun takpa sebab dah ada rasa masin. Akhir sekali masukkan tomato dan lada. Siap....

Resepi kedua : Rendang ayam



Bahan2 yang diperlukan :

  • Ayam (Pic 1)
  • Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas, kunyit hidup. Ikut mak aku dia giling. Tapi ikut aku, aku kisar jek...huhu... (Pic 2)
  • Santan (Pic 3)
  • Kerisik (Pic 4)
  • Daun kunyit dan daun limau purut-mayang
  • Garam dan gula

Cara memasak :

Masukkan ayam dan bahan kisar dalam kuali. Tuangkan santan dan didihkan perlahan2. Kecilkan api dan kacau sesekali sehingga kuah pekat. Letakkan kerisik dan kacau selalu sampai ayam korang empuk dan naik minyak. Masukkan daun kunyit, daun limau purut, gula dan garam. Siap.......



25 comments:

  1. ayak.. tak jadi nak berdiet bila tengok rendang ayam..hehe.. akak bawa sini sikit..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cakap kat diet "dear diet,seriously we are over"hehe..aikk dah kurus pun nak diet jugak ke nana...

      Delete
    2. oh..kita mkin membesar dengan sihat kak..perempuan normal la..kalau tak reti ebrsyukur2 ni..hehe

      Delete
  2. nampak sedap tapi rase biase2 je nor...

    ReplyDelete
  3. waduh2 ipah nie mmg rajin bebenor la.ikan sepat tu kalau goreng gitu je pun dh sedapkan ipah.nak skettt leh..? (buat muka manje2) hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. den takdo kejo..tu masak tongahari tadi haa..umang aihhh,comel bebenor,anak sapolah..hehe..kalau ekau nak Fahz,jomputlah datang kek ghumah..hehe..

      Delete
  4. wahhhh menariknya... tentu sedap..

    ReplyDelete
  5. perhhh lapar terus ingat gulai ikan masin dgn nenas nih :)
    sop pun suka,,, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. same lah kita..ipah suke gulai ikan masin dgn nanas sebab ade rse manis2 sikit,masin2 sikit,lemak2 sikit..mcm qi la plak..hehe..

      Delete
  6. alorr..gulai ikan masin ngn nenas..huhuh.sedapnyer.. tp..tp mak kite masak gulai ikan masin dengan belimbing buluh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. belimbing buluh pun boleh letak,lg sedap..kat kawasan rumah akak susah nak dapat belimbing buluh..

      Delete
  7. wow, sedapnya tengok... wah, kalo cmni 3 pinggan nasi boleh habis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. adess..3 pinggan nasi nanti lps makan berat perut..hehe..

      Delete
  8. ooo kak wat gulai letak serai ye..
    uni xletak serai, tp slalu guna jintan..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahh..akak letak serai.jintan akak tak guna.nnti uni leyla bg akak resepi gulai versi uni ek..

      Delete
  9. Jadi lapar plak singgah blog nie malam2.. hehe.

    ReplyDelete
  10. Mak aihh, rendang ayam tu sodap gila tau!

    ReplyDelete
  11. ahai... sedap nyerrr.. slurppppp..

    ReplyDelete
  12. nampak menyelerakan..boleh cuba nie :)

    ReplyDelete
  13. nmpk cam sedap..org sabah ckp 'bikin kobihis' ;)

    ReplyDelete
  14. Sedapnya...teringat kt gulai ikan masin mak...tiba2 rindu kt mak..huhu...

    ReplyDelete