Tuesday, 30 April 2013

KUEW TEOW LADNA

Alhamdulillah...already dinner. Dinner malam nie aku masak kuew teow ladna. Dah beberapa hari aku amik resepi ni daripada rohaisha. Hari nie baru dapat buat. Balik kerja terus singgah The Store Taman Sentosa beli barang-barang sikit. Terima kasih tuan punya resepi. Resepinya mudah & sedap sekali. Tak rugi aku buat malam nie. Perut kenyang hati pun happy...ditambah pulak esok cuti...hehehe...gumbira...gumbira...




Bahan-bahan :


* kuew teow
* sotong & ayam (ikut suka nak letak apa)
* bancuhan tepung jagung
*sos tiram - 1 sudu besar
*kiub ayam - 1 biji
* air secukupnya


* bawang putih - 2 ulas
* cili padi - 4 biji
* sayur-sayuran ( ikut suka)

Cara buat :
  • Gaulkan kuew teow bersama kicap pekat. Perapkan 10 minit. 
  • Panaskan sedikit minyak dan goreng sekejap. Angkat & masukkan dalam pinggan. Kalau tak nak goreng guna minyak, boleh guna non stick- frying pan ok.
  • Tumis bawang putih & cili padi sampai naik bau.
  • Masukkan sotong, ayam, sos tiram, kiub ayam & air secukupnya.
  • Dah mendidih, masukkan sayur-sayuran.
  • Masukkan bancuhan tepung jagung untuk bagi kuah pekat.
  • Masukkan garam. Siap. Tuang kuah dekat atas kuew teow. Hiaskan sikit. Bolehlah makan...


p/s: Selamat hari pekerja dan selamat bercuti.

12 comments:

  1. Wah2 rajin sungguh cik akak sorg nie.mesti ada je menu sepesel kat blog dia...ipah nanti try masuk masterchef.mana tau ada rejeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..fahz,pndainya wat lawak..bt utk mkn sndiri je..xdela smpi nak msuk msterchef, tak layak ooo..

      Delete
  2. ni menu hidangan saya malam ni..tapi tengok dalam gmbar cam sedap je :)

    ReplyDelete
  3. bagus ni bagus ni...buat resepi utk kedai mkn sy nnti ni... :p

    ReplyDelete
  4. wah.. banyaknya sayur..sedap2..pandai akak masak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pandai mane pun..cube2 je...pnuh ngn sayur je..hehehe..

      Delete
  5. wah..anna pernah makan nasi tapi tak termampu nak habiskan sebab banyak sangat :D

    ReplyDelete