Friday, 21 June 2013

TANGGUNJAWAB KITA

Apa yang perlu dilakukan ketika salah seorang ahli keluarga kita sedang nazak ataupun baru sahaja meninggal dunia. Mungkin ada di antara kita yang tahu apa yang perlu dilakukan. Mungkin juga ada yang tidak tahu dan mengharapkan orang yang lebih tua daripada kita melakukannya. So diharap perkongsian ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk kita bersama...

Tanggungjawab keluarga kepada pesakit yang sedang nazak:
  • Mentalkinkan dengan kalimah Lailahaillallah
  • Membaca surah Yasin dan surah Al-Ra'du
  • Memakai bau-bauan dan wangian kepada pesakit
  • Titiskan air ke mulut, sapukan tuala basah dibibirnya, memberi minuman kepada pesakit
  • Mengiringkan badan pesakit sebelah kanan, mengadap kearah kiblat. Sekiranya sukar, iringkan ke arah kiblat dengan dialas kepala dengan bantal.
  • Menanggalkan gigi palsu dan segala barang-barang kemas dan perhiasan
  • Dipakaikan dengan pakain yang suci dan bersih
  • Diwudhu'kan
  • Memastikan orang yang hendak menziarahinya menutup aurat
  • Tidak membincangkan perkara-perkara keduniaan disisi pesakit yang sedang nazak
  • Bagi pelawat yang uzur Syarie dan yang tidak tahu membaca al-Quran hendaklah memperbanyakkan selawat, berzikir atau mendoakan orang yang sedang nazak
  • Menjauhkan dan meninggalkan segala perkara yang bertentangan syarak pada diri pesakit seperti susuk dan sebagainya.


Perkara yang perlu dilakukan oleh waris selepas kematian:
  • Sunat dipejamkan matanya
  • Dianduhkan dagunya supaya tidak terbuka
  • Didakapkan kedua tangannya seperti orang sembahyang
  • Diluruskan kedua belah kakinya
  • Diluruskan anggota badannya yang bengkok
  • Dibuka semua perhiasan seperti jam, barang kemas, gigi palsu dan sebagainya
  • Menyapu minyak disetiap sendi sambil desenamkan supaya lembut dan mudah dimandikan
  • Bersihkan badan si mati daripada najis dan kotoran dengan dilapkan dengan air bersih dan sebaik-baiknya dengan air suam bercampur Dettol
  • Disalinkan dengan pakain bersih
  • Diletakkan ditempat yang sesuai seperti katil atau tilam yang menghadap kiblat (kaki menghadap kiblat)
  • Meletakkan benda-benda yang sederhana berat di atas perut mayat agar perutnya tidak kembung seperti pisau lipat atau gunting kecil
  • Dibakar bau-bauan seperti setanggi untuk mengelak bau yang tidak enak dihidu oleh pelawat
  • Dibacakan ayat al-quran, yasin, tahlil dan doa kepada si mati
  • Ditutup si mati dengan kain bersih

12 comments:

  1. perkongsian yang baik.. teringat opah aiza yang sedang sakit di kampung.. dah lama sangat dia sakit sampai badan pun dah tinggal kulit dan tulang je..

    ReplyDelete
  2. jangan dilewat2kan proses penguburan jenazah.. bukan ape...menyiksa jenazah je...... yang kompem..kematian itu pasti....... yang tak pasti bile tarikhnye jeee..... tq berkongsi...

    ReplyDelete
  3. salam kenal.

    boleh meang RM35.00 kat sini
    http://lovingwantie.blogspot.com/2013/06/menang-rm3500-melalui-ga-lambang.html

    ReplyDelete
  4. tema kasih diatas perkongsian ini..sangat bagus..peringatan utk kita semua..:)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian ni sis. Jarang benar terjumpa sharing macam ni. teringat dulu masa nis jaga ayah dan ummi nis sakit and terlantar kat wad. :'(
    Alhamdulillah, semoga ayah dan ummi sihat and sentiasa berada di bawah jagaan Dia

    ReplyDelete
  6. perkongsian yg baek.. mudah-mudahan akan sentiasa diguna pakai. semoga ibu bapa kita sihat walafiat

    ReplyDelete
  7. nice info.. jadi pedoman serta pengajaran

    ReplyDelete
  8. Catatan yang bagus. Kadangkala kesian tengok ibubapa yang nazak tapi anak-anak tak dapat membacakan apa-apa kerana buta Al-Quran.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah :) prkgsian yg bagus..kdg2 ramai yg bt xthu je tntg ni..

    ReplyDelete
  10. Peringatan bersama.. Nice sharing

    ReplyDelete
  11. Thank you for sharing kak. Supaya kita sama2 boleh beringat. ^^

    ReplyDelete