Tuesday, 11 June 2013

DAH ADA TEMAN BARU


wahai bondaku...bondaku si ikan kaloi
timbullah bonda...ooh timbullah tunjukkan diri
nasi melukut dengan sayur keladi...nasi melukut sayur keladi
untuk bondaku di pagi hari...wahai bondaku ibu kandungku

Korang mesti pernah dengar lirik lagu tu kan. Alaaa...lagu nie dalam cerita lama bawang putih bawang merah  versi Malaysia, bukan bawang merah bawang putih versi Indonesia tu. Versi Indonesia aku tak tahu sangat sebab jarang tengok. Tak berapa minat sinentron-sinentron nie. Tapi...dalam tak minat tu ada jugaklah satu cerita Indonesia yang aku layan. Tajuk dia mutiara hati, ada budak comel nama Nabila. Lagu dalam cerita tu pun sedap didengar.

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal tu semua. Aku nak cerita pasal teman baru aku iaitu ikan kaloi. Sabtu lepas aku beli. Taklah mahal, 7 ringgit je se ekor. Aku beli 2 ekor. Bagi dia ada member. Beli yang murah-murah je. Takut nak beli yang mahal-mahal, kalau mati aku juga yang rugikan. Sebelum nie aku pernah bela ikan. Masa kat universiti aku bela ikan gapi. Berkenan tengok warna dia, ekor dia. Lepas tu ikan nie pun jenis yang senang nak bela sebab tak payah guna oksigen tambahan. Tu yang aku beli.

Aku pernah juga bela ikan flowerhorn. Ikan tu makcik bagi. Lama juga dia bersama aku. Daripada kecik aku bela sampailah besar sikit saiz dia. Tapi sayangnya mati juga mungkin disebabkan keracunan, tak pun disebabkan terlebih letak air anti klorin. Sebelum aku cuci akuarium elok je. Lepas aku cuci esoknya mati...huhu...

Aku pernah juga bela ikan oscar, warna hitam. Bela oscar pun mati jugak. Lepas tu aku bela ikan emas dan ikan kecik-kecik. Manja tau diorang nie nak-nak ikan emas. Ikan kecik-kecik mati sebab tersedut masuk dalam kipas. Ikan emas mati sebab entahlah...dah sampai hukum agaknya. Bila sekor start mati yang lain pun lama-lama mati jugak. Tak sampai setahun jangka hayat dia.

Awal tahun nie aku bela ikan koi dan ikan tiger. Ikan koi saiz kecil RM3 se ekor. Ikan tiger tak ingat harga berapa. Alhamdulillah masih hidup semuanya tapi hari Ahad hari tu dah tercedera. Kena belasah dengan ikan kaloi. Aku campurkan diorang dalam satu akuarium. Mula-mula elok je. Lepas tu, tengok-tengok ada yang dah hilang ekor.

Grrrr...jahat jugak ikan kaloi nie. Baru sehari dua dah tunjuk perangai gangster. Nak tak nak aku beli penghadang. Dah dipisahkan boleh pulak dia bergaduh sesama dia.  Nasib baik tak beli banyak-banyak. Kalau tak lagilah masalah. Sama spesies pun gaduh. Aku rasa ikan nie dua-dua jantan, tu yang nak gaduh je. Lepas nie kalau gaduh lagi kena beli akuarium kecik satu, duduklah sorang-sorang.

terpaksa pasang penghadang

tak sabar nak tunggu dia besar...

yang nie baik2 belaka tak pernah gaduh...

Best sebenarnya bela ikan. Boleh hilangkan penat dan tension. Yang tak best bila nak kena cuci akuarium...hehe..Tak boleh malas-malas. Nanti ada rezeki nak beli aksesori tambahan pulak. Suram je akuarium nie so kena bagi meriah sikit dengan aksesori tambahan.

13 comments:

  1. sy suka tgk ikan berenang... huhu~~ pernh tgk cite tuhhh :))

    ReplyDelete
  2. comelnya ikan tu,,rajin ipah bela ikan.,hee..xpela yg pnting ada kawan baru eh..hehe,, seronok juga sbnrnya bela haowan ni...buatkn kita lbh bertanggungjawab kan...yela, nk kena bg makan, cuci tmpt tggal diorg..hehe..

    ReplyDelete
  3. bel ikan ni macam terapi..tengok ikan berenang-renang rasa tenang..ikan tak sama spesis elok asing..nanti jadi mangsa..kesian..

    ReplyDelete
  4. rajinnya ipah.. memang bagus bela ikan ni.. terapi semulajadi apabila kita tengah stress.. tenang je tengok sirip dia meliuk lentok berenang kat dalam akuarium tu.. :D

    ReplyDelete
  5. sop dulu ada akuarium gak
    bela beberapa jenis ikan
    pastu akuarium pecah dan pindah
    skrg blom beli lagi
    suka tgk ikan2 :)

    ReplyDelete
  6. rajin je bela :) btol gak 2..time nk cuci la pling mlas..dlu sy bela la jgak..byak pulak 2..last2..sy cmpurkn ikan sungai dlm akuarium..mati smua ikan kena mkan..hmm last2 buang cm2 je hu3..mlas dh nk bela skrg..sy lbh suka bela ikan skila..sng nk bela dn cntik..xthulah org lain pggl ikan ape ^^

    ReplyDelete
  7. Subhanaallah, penggemar bela ikann yaaa. Hehehe. Nis pnh bela kekura, tapi xlama, sebab ajal dia tiba. Huuu. So, xberani nak bela dah.

    ReplyDelete
  8. dulu rajin bela ikan lepas tu skrg rasa dh malas nk bela..hehe

    ReplyDelete
  9. selamat datang kawan baru..jadi budak2 baik tau..hehe.. part nak mencuci tu mmg masalah sikit..huuh

    ReplyDelete
  10. kongsi aquarium ek. hehe kag terlepas dari pengahadang tu xpasal2 mati sekor

    ReplyDelete
  11. Wah banyaknya bela ikan. Aida pernah jugak bela ikan. Tapi tak lama pun, dah kiokk. Huhu~

    ReplyDelete
  12. Teringat plak zaman sekolah. Dulu ada jg bela ikan laga tapi x lama.. jadi arwah dah ikan tu.. kesian...

    ReplyDelete