Setiap ciptaan Allah SWT di bumi ini merupakan ciptaan yang sempurna. Manusia sebagai ciptaan yang besar dalam kalangan makhluknya yang dilengkapi kejadiannya dengan kesempurnaan jasad, akal dan hati. Allah SWT melengkapkan manusia dengan anggota tubuh badan yang mengandungi pancaindera dan tulang empat kerat untuk mengupayakan diri; akal untuk memikirkan sesuatu yang logik dan baik; dan hati sebagai alat timbang tara dan perasaan.
Semua manusia ialah keturunan manusia pertama yang diciptakan Allah SWT iaitu Nabi Adam a.s. Daripada Nabi Adamlah lahirnya pelbagai bangsa dan pelbagai warna kulit yang menduduki pelbagai negara. Kedudukan geografi menjadikan manusia itu berbeza antara satu dengan yang lain. Sedangkan asalnya sama iaitu daripada Nabi Adam a.s. yang dijadikan daripada tanah sepertimana firman Allah yang bemaksud :
" Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat kering (yang berasal) daripada lumpur hitam yang dibentuk."
(Surah al Hijr 15:26)
Kejadian manusia daripada tanah hanya khusus kepada Nabi Adam a.s. sahaja. Sebenarnya ada dua lagi kejadian manusia yang menyamai kejadian Adam iaitu Hawa daripada tulang rusuk Nabi Adam a.s. dan Nabi Isa a.s. daripada ibu sahaja tanpa bapa. Manakala manusia lain tercipta melalui pasangan suami isteri (ibu bapa) seperti mana firmannya yang bermaksud :
"Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk). Maka maha suci Allah, Pencipta yang paling baik."
(Surah al-Mu'minun 23:14)
Oleh sebab kejadian manusia sama iaitu daripada air mani dan semuanya berketurunan Nabi Adam a.s. maka mereka berada dalam kedudukan yang sama. Taraf manusia sama, tiada yang mulia dan hina walaupun berbeza warna kulit dan bangsa. Tiada golongan yang berkulit putih atau yang berbangsa Arab itu lebih mulia daripada yang berkulit hitam atau 'ajam. Kemuliaannya hanya ketentuan Allah dan bergantung pada eratnya hubungan dan imannya kepada Allah SWT.
____________Prof Surthaman Kastin Hasan____________
semua manusia sama tarafnya. yang berada di atas jangan terlalu meninggi diri dan yang berada di bawah, jangan merasa merendah diri kerana kita diciptakan dari sumber yang sama..
ReplyDeletekita asalnya dari air mani..hina kan? huhu..jadi jangan bongkak dan bangga di bumi Allah..sbb kita hanya manusia hina..salam Jumaat ya kak..hehe
ReplyDeletesalam jumaat kak...
ReplyDeleteBetul tu.. Yg membezakan manusia hanya iman dan taqwa..
ReplyDeletesalam Jumaat :)
ReplyDeletesemua kita hny sama di mata Allah..yg membezakan kita adalah amalan & kepatuhan kita kepadaNya..
ReplyDeletebetul tu.. yang membezakan seseorang manusia dengan manusia yang lain adalah keimanan dan ketakwaannya kepada Allah swt.. :D
ReplyDeleteYup. betull tu. Semua manusia sama je, hitam ke, putih ke, pendek ke tinggi ke, yang membezakan antara satu sama lain iman dan taqwa mereka. Sesungguhnya iman tidak boleh diwarisi. Nice sharing. :')
ReplyDeletenice entry :)
ReplyDeletedapat ilmu tambahan lg hihi
betul tu..kita jd dr nutfah dan tanah.. jd jgn terlalu sombong. byk org mcm tu skrg nie
ReplyDelete