Dalam beberapa hari nie tidur aku sedikit terganggu dengan bunyi bising dekat dapur. Aku tak syak pun tikus sebenarnya sebab aku ingatkan cicak. Cicak dekat rumah aku pun boleh tahan besarnya, tahap bapa cicak semuanya.
Bila aku buat sport check memang confirm lah kerja tikus. Habis hujung tudung tupperware kena gigit. Takkanlah kerja bapa cicak pulakkan. Mau bankrap kita semua kalau cicak dah pandai makan tupperwere. Habis barang-barang dekat rumah macam tu...
Andaian aku yang tu semua kerja tikus adalah betul sebab aku dah teserempak pun. Besar gila, meremang bulu roma tengok...huhu...So, untuk tidak membiarkan tikus tersebut bermaharajalela dan beranak pinak, aku akan membeli perangkap tikus balik kerja nanti. Dengan itu pada malam ini akan bermulalah operasi memerangkap cik ti...
Member dekat tempat kerja bagitahu kalau nak halau tikus guna daun pokok durian belanda. Boleh nak cuba tapi dekat mana pulaklah aku nak mencari daun pokok tu kan...next time lah cuba cara tu. Hari nie aku dah nekad nak beli perangkap tikus. Kalau guna racun tikus lagi susah nak cari dekat mana bangkai tikus tu nanti. Satu kerja pulak dah..
.
takda makna nak berparty dekat rumah aku lepas ni...
cik ti ni nakal la..benci i..hehe
ReplyDeletedlu kat rumah pn ada la krisis cik ti..lepas dah renovate smua haa..tak dapat masuk dah..haha..
dlu pakai gam utk bg dia lekat ja..huhu..jimat kos..hoho..
Lissa x suka tikus., >.< geliii..
ReplyDeleteipah, ckp psl tikus..lisa teringat masa lisa tidur umah akak lisa kat kuarters lama sg besi ... tau x, pagi esoknya lisa rasa tapak kaki lisa dkt jari2 kaki pedih...bayangkan, kulit kaki lisa kena gigit mcm tupperware2 tu ...tetiba lisa pk balik...ngeri plak... ntah mcmana size tikus tu... tapi umah akak lisa tu mmg slalu sgt tikus bermaharajalela...
ReplyDelete*nampak sgt kan... punyala syok sgt lisa tidor smpai xsedar...kekekee..
lawak la..teringat dulu,baju batik ayah tiba2 hilang. tak tahu pergi mana,padahal baju batik tu dia baru ke dapat. rupa2nya cik ti bawak lari. ambik2 je baju tu dah berlubang,sian ayah..hahaha
ReplyDeleteHahaha. kelakarr laa. Bertabah lah ye akak. Hihi. Malam ni jangan lupa beli perangkap tikuss tau! Gudlak! =)
ReplyDeletesuruh nyanyi 1 lagu :)
ReplyDeletecik Ti comel aper..kalau sy siap bg makan ikan ayam lagi tu...tp selit la sikit perisa racun tikus...lahap tauuu...ekeke
ReplyDeleteCik Ti maju 2013,.HaHa! entri ni wat Dhia gelak sorang2,.:P comel jer~~
ReplyDeletebaru tau plak daun durian belanda boleh halau tikus...
ReplyDeleteMana plak kak nak mencari daun pokok durian belanda,hahaha
ReplyDeleteTeringat sya duk rumah setinggan dulu, tiap bulan kot abah psg perangkap. Cepat nau depa ni membiak.
kt rumah takda tikus lipas yg byk.. so malam nie dh jd pembunuh lipas. haha
ReplyDeletehuhu cara terbaik mmg psg perangkap tikus...rumah sy pun ada...haritu dah basmi kaw² punye...tup² dtg balik...
ReplyDelete