Tuesday, 26 February 2013

ZAMAN SEKOLAH : DUIT BELANJA

Berapa ringgit ek budak-budak sekolah zaman skarang bawa duit blanje g sekolah?? Aku rasa paling rendah pun dalam RM2 la kot.. coz sekarang nie harga barang dah mahal. Zaman aku sekolah rendah dulu..sekitar tahun 1990 an, makanan kat sekolah masih murah lagi. Berapa ringgit aku bawa duit g sekolah sehari? Takde ringgit-ringgit pun..kluarga aku bukan senang sangat. Sehari abah bagi aku duit blanje RM 0.50 jek..RM 0.30 untuk sekolah pagi (sekolah rendah), RM 0.20 untuk sekolah petang (sekolah agama). Mase tu sepinggan mee goreng, bihun goreng ngan nasi lemak dapat lagi RM 0.20, RM 0.30..segelas air pun masih sekitar RM 0.20..sekarang? jangan haraplaa...

Duit RM 0.30 yang abah bagi tu cukuplah untuk aku beli makanan. Jarang aku beli air sebab aku bawak bekal air sendiri. Kadang-kadang mak bekalkan aku nasi. Bekal aku masa tu pun hanya nasi putih letak kicap + telur dadar..bagi aku dah cukup sedap dah.Syukur sangat dengan rezeki yang ada. Bila bawak bekal, duit yang abah bagi aku simpan. Kalau tak simpan pun aku slalu beli maruku ngan kacang tanah sira sambal. Aku tak penah mintak abah duit blanje lebih. Apa yang abah bagi tu cukuplah bagi aku. Selain mee goreng, bihun goreng ngan nasi lemak, makcik kantin ada jual bihun sup, soto ngan nasi ayam. Tu sebenarnya makanan untuk cikgu-cikgu. Nak beli pun boleh tapi harga mahal sikitlah daripada mee goreng tadi. Mahal-mahal bihun sup pun dapat jugak beli dalam harga RM 0.60, RM 0.70..Agaknya, makcik kantin aku tu kesian kat budak-budak dan dia pun jenis tak berkira sangat. Tu yang takde harga standard. Ikot korang nak beli brapa. Nasi ayam? Ada jual hari jumaat je. Aku tak taw brapa ringgit coz aku tak pernah beli. Seyes aku tak pernah beli dan aku tak pernah makan nasi ayam kat sekolah rendah sampailah aku darjah 6. Tu pun makan sebab cikgu praktikal blanja satu kelaz..barulah aku rase makan besar. Makan besar tu istilah kawan-kawan aku bagi budak-budak yang beli nasi ayamlah..

Duit RM 0.20 untuk sekolah agama plak biasanya aku beli jajan. Jajan yang paling aku suke masa tu keropok baby ngan gula-gula susu yang berbentuk luv..suke sangat. Tu perbelanjaan masa aku sekolah rendah la. Sekolah menengah lain cite dah.


1 comment:

  1. zaman dulu n sekarang berbeza kan..dlu kalau dapat belanja rm1 dah bersyukur..n paling gembira dah..la ni sekarang budak2 rm5 pun belum tentu cukup

    ReplyDelete