Sunday, 24 February 2013

BUNGA

Bangun tidur pagi tadi aku keluar umah ambil udara segar. Sambil tarik nafas dan buat sedikit aktiviti regangan, mata aku asyik pandang pokok bunga jek..cantik gile sebab ade yang tengah berkembang mekar. So..arini aku nak cite pasal bunga la, ape lagi. Tengok bunga jek hati yang tengah panas ley jadi sejuk. Tu hati akula bukannya hati korang sebab ada jugak manusia yang menjahanamkan pokok bunga bile tengah geram. Kesian bunga yang tak berdosa tu.

Aku sempat amik beberapa keping pic bunga kat umah aku..heee..



Kalau kite pikir sejenak, banyak keistimewaan bunga nie. Antaranya menceriakan umah dan alam sekitar. Berseri-seri halaman umah kalau korang tanam pokok bunga. Tetamu yang datang pun mesti tengok hiasan bunga kat halaman umah dulu baru masuk umah.


Selain itu, bunga yang korang tanam ley jugak korang amik untuk jadikan hiasan kat kepala..cun kan..kan..hikhik..Tu bagi pompuan la.. Bagi lelaki plak, bunga nie lambang perasaan cinta ataupun penghargaan sebab tu bunga dijadikan alat untuk memikat hati pompuan. Betul tak? betul tak? Biasekan tengok lelaki hadiahkan bunga kat awek dia bile awek dia majuk atau bile ari2 tertentu macam bezday ke ape..romantik la konon..


Ape lagi keistimewaan bunga ek? haaa..bunga sumber ilham pengkarya. Tak caye? Ambil contoh dalam lagu jek..banyak tajuk dan lirik lagu guna nama bunga misalnya Maya-Matahari, Ramli Sarip-Teratai, Syarifah Aini- Bunga Tanjung, Mawarku- Siti Nurhaliza ft 2 by 2.


Bunga jugak ley dijadikan nama. Ade jek artis yang guna nama bunga macam Bunga Citra Lestari..Catriona Ross..lagi? cari sendiri. Ade jugak orang guna bunga sebagai nama jalan macam kat Majidee Baru. Banyak jalan guna nama bunga contohnya Jalan Bunga Kemboja, jalan Bunga Teratai. Kelas kat skola aku dulu pun guna nama bunga jugak..kelas Anggerik, Angsana, Cempaka, Cemara.


Banyakkan keistimewaan bunga nie. Tu belum masuk bab bunga sebagai sumber pendapatan, bunga sebagai aroma terapi, bunga sebagai medium perubatan dan kecantikan..haa..nak mandi bunga pun bole...


Teringat lagu yang berkaitan bunga mase skola rendah dulu. Cikgu muzik aku, cikgu Zaidi ajar budak2 koir wat persembahan. Setangkai Mawar kot tajuk lagu. 

Harum wangi dan bersinar
Setangkai mawar dijambangan 
Dipuja-puja dalam jambangan 
Idaman rindu sang kumbang 

Tetap teguhnya ditangkai 
Melambai ditipu sang bayu 
Tak gugur bunga jangan dicapai
Indahnya menjadi ilhamku

Berjiwa suci dan mengamal damai
Itulah ajaran yang benar
Aman dan tenang hidup yang permai
Dikelilingi setangkai mawar

Tetap teguh hidup kita
Sebati membela negara
Dijunjung tinggi dipuja-puja
Harapan kita di Malaysia


No comments:

Post a Comment