Wednesday 27 February 2013

AKU DAN MEMASAK

Aku suka memasak dan aku rajin memasak. Promote diri jap...heeeee...Tapi selalunya, apa yang aku masak banyak yang tak menjadi daripada menjadi especially kek dan biskut. Percubaan kali pertama biasanya  fail. Dah beberapa kali buat barulah menjadi. Adalah rupa adalah rasa. Practise makes perfect kata orang. Tu dahulu. Sekarang aku dah semakin pandai memasak dan masakan aku tentunya sedap...hikhik...Sesakali memuji diri sendiri adalah dibenarkan sama sekali. Motivasi diri wokeyy...




Adik-adik aku adalah manusia yang suka sangat mengkritik masakan aku. Bab-bab menjatuhkan semangat aku memang dioranglah orangnya. Aku baru plan nak masak itu nak masak ini, tapi diorang dah perli macam-macam antaranya:

"dah taw tak jadi punye", 
"tak payah buat, membazir je...nanti masuk tong sampah"
"jaga-jaga...jap lagi ade yang kuar masuk tandas"  

Kadang-kadang menyirap darah aku. Sentap pun ade. Rase macam nak cili je mulut budak-budak nie. Bagilah sokongan kat chef  nak memasak, nie tidak...Tu baru plan nak masak...belum masakan aku tak jadi. Kalau tak jadi, lagi banyaklah kutukan percuma yang aku dapat. Apa pun, kutukan diorang nilah pencetus semangat untuk aku terus memasak dan memasak sampai jadi pandai...haha...pandaila sangat kan...Pandai mana pun aku masak, still tak boleh masak sebijik macam mak. Resepi yang sama tapi rasa berbeza. Air tangan mak memang sedap..

Tuesday 26 February 2013

ZAMAN SEKOLAH : DUIT BELANJA

Berapa ringgit ek budak-budak sekolah zaman skarang bawa duit blanje g sekolah?? Aku rasa paling rendah pun dalam RM2 la kot.. coz sekarang nie harga barang dah mahal. Zaman aku sekolah rendah dulu..sekitar tahun 1990 an, makanan kat sekolah masih murah lagi. Berapa ringgit aku bawa duit g sekolah sehari? Takde ringgit-ringgit pun..kluarga aku bukan senang sangat. Sehari abah bagi aku duit blanje RM 0.50 jek..RM 0.30 untuk sekolah pagi (sekolah rendah), RM 0.20 untuk sekolah petang (sekolah agama). Mase tu sepinggan mee goreng, bihun goreng ngan nasi lemak dapat lagi RM 0.20, RM 0.30..segelas air pun masih sekitar RM 0.20..sekarang? jangan haraplaa...

Duit RM 0.30 yang abah bagi tu cukuplah untuk aku beli makanan. Jarang aku beli air sebab aku bawak bekal air sendiri. Kadang-kadang mak bekalkan aku nasi. Bekal aku masa tu pun hanya nasi putih letak kicap + telur dadar..bagi aku dah cukup sedap dah.Syukur sangat dengan rezeki yang ada. Bila bawak bekal, duit yang abah bagi aku simpan. Kalau tak simpan pun aku slalu beli maruku ngan kacang tanah sira sambal. Aku tak penah mintak abah duit blanje lebih. Apa yang abah bagi tu cukuplah bagi aku. Selain mee goreng, bihun goreng ngan nasi lemak, makcik kantin ada jual bihun sup, soto ngan nasi ayam. Tu sebenarnya makanan untuk cikgu-cikgu. Nak beli pun boleh tapi harga mahal sikitlah daripada mee goreng tadi. Mahal-mahal bihun sup pun dapat jugak beli dalam harga RM 0.60, RM 0.70..Agaknya, makcik kantin aku tu kesian kat budak-budak dan dia pun jenis tak berkira sangat. Tu yang takde harga standard. Ikot korang nak beli brapa. Nasi ayam? Ada jual hari jumaat je. Aku tak taw brapa ringgit coz aku tak pernah beli. Seyes aku tak pernah beli dan aku tak pernah makan nasi ayam kat sekolah rendah sampailah aku darjah 6. Tu pun makan sebab cikgu praktikal blanja satu kelaz..barulah aku rase makan besar. Makan besar tu istilah kawan-kawan aku bagi budak-budak yang beli nasi ayamlah..

Duit RM 0.20 untuk sekolah agama plak biasanya aku beli jajan. Jajan yang paling aku suke masa tu keropok baby ngan gula-gula susu yang berbentuk luv..suke sangat. Tu perbelanjaan masa aku sekolah rendah la. Sekolah menengah lain cite dah.


Monday 25 February 2013

PETUA CEPAT PERASAN

Sesapa nak jadi perasan mcm aku, silalah praktikkan petua di bawah.

  • Selalu tengok cermin. Lagi bagus kalau dapat cermin ajaib kan..
  • Fikirkan korang paling terglemor. Waa..mcm tu kalah artis kat Malaysia haa..
  • Jalan dengan bergaya. Kalau jalan macam Aziz Satar dalam filem Ali Baba? ehh ske atyla..jnji glemor
  • Masuk bilik air lame2. Nak bertapa ke tidur ke terpulang..
  • Senyum tengok ape jek. Kalau senyum kat kambing?? xpe..jnji senyum
  • Make up tebal2. Biala org nak kata macam tepung gomak ke. Ade aku kisah??
  • Pakai sesuatu yang orang tak pakai.  Syok tu..pakai cam tarzan g shoping complex.kompem glemor
  • Menyanyi di mana jua korang berada. 
P/s  Tipah menipu? Tolong sikit..Tipah tak tipu wokeyy..ahakzz

Sunday 24 February 2013

BUNGA

Bangun tidur pagi tadi aku keluar umah ambil udara segar. Sambil tarik nafas dan buat sedikit aktiviti regangan, mata aku asyik pandang pokok bunga jek..cantik gile sebab ade yang tengah berkembang mekar. So..arini aku nak cite pasal bunga la, ape lagi. Tengok bunga jek hati yang tengah panas ley jadi sejuk. Tu hati akula bukannya hati korang sebab ada jugak manusia yang menjahanamkan pokok bunga bile tengah geram. Kesian bunga yang tak berdosa tu.

Aku sempat amik beberapa keping pic bunga kat umah aku..heee..



Kalau kite pikir sejenak, banyak keistimewaan bunga nie. Antaranya menceriakan umah dan alam sekitar. Berseri-seri halaman umah kalau korang tanam pokok bunga. Tetamu yang datang pun mesti tengok hiasan bunga kat halaman umah dulu baru masuk umah.


Selain itu, bunga yang korang tanam ley jugak korang amik untuk jadikan hiasan kat kepala..cun kan..kan..hikhik..Tu bagi pompuan la.. Bagi lelaki plak, bunga nie lambang perasaan cinta ataupun penghargaan sebab tu bunga dijadikan alat untuk memikat hati pompuan. Betul tak? betul tak? Biasekan tengok lelaki hadiahkan bunga kat awek dia bile awek dia majuk atau bile ari2 tertentu macam bezday ke ape..romantik la konon..


Ape lagi keistimewaan bunga ek? haaa..bunga sumber ilham pengkarya. Tak caye? Ambil contoh dalam lagu jek..banyak tajuk dan lirik lagu guna nama bunga misalnya Maya-Matahari, Ramli Sarip-Teratai, Syarifah Aini- Bunga Tanjung, Mawarku- Siti Nurhaliza ft 2 by 2.


Bunga jugak ley dijadikan nama. Ade jek artis yang guna nama bunga macam Bunga Citra Lestari..Catriona Ross..lagi? cari sendiri. Ade jugak orang guna bunga sebagai nama jalan macam kat Majidee Baru. Banyak jalan guna nama bunga contohnya Jalan Bunga Kemboja, jalan Bunga Teratai. Kelas kat skola aku dulu pun guna nama bunga jugak..kelas Anggerik, Angsana, Cempaka, Cemara.


Banyakkan keistimewaan bunga nie. Tu belum masuk bab bunga sebagai sumber pendapatan, bunga sebagai aroma terapi, bunga sebagai medium perubatan dan kecantikan..haa..nak mandi bunga pun bole...


Teringat lagu yang berkaitan bunga mase skola rendah dulu. Cikgu muzik aku, cikgu Zaidi ajar budak2 koir wat persembahan. Setangkai Mawar kot tajuk lagu. 

Harum wangi dan bersinar
Setangkai mawar dijambangan 
Dipuja-puja dalam jambangan 
Idaman rindu sang kumbang 

Tetap teguhnya ditangkai 
Melambai ditipu sang bayu 
Tak gugur bunga jangan dicapai
Indahnya menjadi ilhamku

Berjiwa suci dan mengamal damai
Itulah ajaran yang benar
Aman dan tenang hidup yang permai
Dikelilingi setangkai mawar

Tetap teguh hidup kita
Sebati membela negara
Dijunjung tinggi dipuja-puja
Harapan kita di Malaysia


Saturday 23 February 2013

SEPETANG KAT KEBUN

Nie kebun arwah Tok Atan. Tak la brape besar sangat tapi puas la jugak aku dapat makan buah durian, manggis, pulasan, langsat, cempedak kat kebun nie. Dulu mase kecik2.. aku rase kebun nie besar sesangat tapi sekarang terasa macam kecik la plak. Aku yang makin besar sebab tula rase kebun nie kecik. Time aku amik pic nie musim buah baru je abiz. Kalau tak ley tayang pic buah2an..hehehe









Pic yang kat bawah ni plak aku amik kat kebun Tok Bak. Kebun nie skarang dah ditanam kelapa sawit. Dulu kebun nie kebun buah2 an. Durian kat kebun nie paling sedap arr tapi skarang pokok durian dah xde..yang ade pun sebantang dua jek, selebihnya kepala sawit. Nampak tak jambatan kat bawah nie? klasik gile.. kat situ la tempat aku memancing ikan mase kecik2..jangan ingat aku pompuan, aku tak pandai mancing arr..c the leg lah..kalau aku mancing jarang la aku tak dpt ikan. Kat cini banyak ikan puyu ngan ikan haruan jek. Besar2 punye..ular pun banyak arr..










Friday 22 February 2013

DARIAPA ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH KITA KEMBALI

Awal tahun 2013 aku telah kehilangan Mak Anjang Milah atau nama sebenarnya Jamilah Taib yang telah kembali kerahmatullah pada 9 Januari. Mak Anjang Milah nie sepupu abah. 5 Januari dia dimasukan ke HSA dan koma sehinggalah dia meninggal dunia. Mak Anjang nielah yang urut kaki aku masa aku accident  tahun 2012 dulu. Masa tu aku memang tak boleh berjalan. Alhamdulillah...selepas berurut  ngan Mak Anjang aku boleh berjalan seperti sedia kala. Mak Anjang tak nak amik duit pun. Dia urut aku free, hanya mintak asam jawa dan garam jek.

Semoga roh Mak Anjang ditempatkan dikalangan orang beriman. Al Fatihah....

Thursday 21 February 2013

AKU PESAKIT DIABETES


Huhuhu...awal tahun baru aku kena diabetes. Dugaan untuk permulaan tahun baru 2013..

Mula2 aku tak jangkalah aku nie boleh kena diabetes. Aku kerap buang air kecik pada waktu malam. Aku ingatkan sebab aku minum banyak air ataupun mengalami kencing tak lawas. Satu hari tu, aku tergerak nak chek kandungan gula aku. Aku amik abah punye glucometer. Perghh terkejut aku dok...paras gula aku 15.8. Aku jadi takut. Esoknya aku pergi clinic. Doktor kata aku memang dah kena diabetes, pakej sekali ngan darah tinggi coz masa tu doktor chek tekanan darah aku pun tinggi. Selama 7 ari aku kena datang clinic untuk cek tekanan darah. Next weeknya doktor soh aku datang buat pemeriksaan darah bagi mengesan kadar gula. Doktor wat OGTT ( Oral Glucose Tolerance Test ). Bacaan gula dalam darah aku 11 sebelum minum air gula dan 21 selepas minum air gula. Tinggi gile...aku sedih, nanges, tertekan and tak boleh terima hakikat. Minggu2 awal aku disahkan diabetes aku dilanda kemurungan yang amat. Dalam kepala otak aku nie sering terpikir kenapa?mengapa? kenapa aku boleh kena diabetes? macam mane aku boleh kena? macam mana aku nak teruskan kehidupan aku 10, 20, 30 tahun akan datang? Aku rasa macam terlalu muda untuk dapat penyakit nie. Yelah...biasenyakan diabetes nie dikaitkan dengan orang yang berumur 40 taun keatas. Aku??


14 Januari bermulalah sejarah baru dalam hidup aku. Bila doktor sahkan aku diabetes, aku pun diberikan suntikan insulin...suntikan insulin ok...huhu...dah takde dah makan pil2 lagi coz doktor cakap paras gula aku tinggi sangat. Aku menangis depan doktor. Entah macam mana boleh hilang malu aku menangis kat situ. Aku merayu minta dibagi ubat je. Aku tak nak guna insulin. Rayuan aku diwat dek jek. Amik ko...aku kena cucuk insulin pagi ngan malam. Berapa unit? biarlah rahsia. Gelap dunia aku rasakan masa tu. Macam nak mati, rasa tak berguna, takut kena potong kaki, macam2 lah...huhu...Dek takut dan risau, balik rumah aku pun buka laptop terus study pasal diabetes nie. Search maklumat sana, search maklumat sini. Sampai kena perli dengan adik aku coz ari2 baca pasal diabetes. Oiii budak !! suka hati akulah, nak baca apa pun. Korang apa taw. Masa tu emosi memang tak stabil...huhu...Dulu masa aku sihat aku tahu diabetes gitu2 jek. Sekarang nie boleh dikatakan aku dah tau segalanya pasal diabetes. Apa dia diabetes, jenis diabetes, kesan diabetes, diet diabetes dan macam2 lagi lah. Macam orang nak buat tesis dah haa...kajian kes? diri akulah...wakaka...(tak lawak pun, saje meng'happy'kan diri.


 Pic daripada google

Pic kat atas nie lah pen untuk cucuk insulin. Seyes aku menangis dan takut nak guna benda ni masa mula2 dulu...cucuk mencucuk nie kan menakutkan. Sebab tu aku tak boleh jadi doktor kot...yelah...nak cucuk orang takut apatah lagi nak mencucuk diri sendiri. Tapi sekarang nie aku dah semakin terror mencucuk diri aku sendiri...huhuhu...sedey...

Now, hidup aku memang dah berubahlah. Paling ketara corak pemakanan aku yang dah berubah sedikit demi sedikit. Kadang2 tengok adik2 aku makan yang best2 terliur jugak tapi takpelah. Aku kena kuat demi kesihatan aku jugak. Kalau teringin sangat aku jamah sikit. Nak melantak macam dulu tak dapat dah. Aku jugak dah jadi penasihat pemakanan pada keluarga aku. Nampak je diorang makan manis-manis sangat dapatlah diorang bebelan dan nasihat percuma daripada aku. Ape lagi yang dah berubah ek?? haaa...dulu aku pergi clinic untuk rawatan pesakit luar, sekarang aku dah jadi pesakit diabetes mellitus. Sebulan dua kena jumpa doktor. Paling istimewa aku ada buku 555 mcm budak sekolah. Korang ade????huhu...

Okeylah...Apa2 pun hidup mesti diteruskan... Aku redha dengan ketentuan Allah. Sakit tu adalah  dugaan dan penghapus dosa. Setakat nie aku hanya disahkan diabetes sahaja. Buah  pinggang, jantung masih ok. Tekanan darah tak berapa ok tapi masih terkawal lagi. Pesan aku pada korang semua jagalah makan sebelum terkena. Prevention is better than cure.

WELCOME 2013


Hai…lama aku tak menulis..bukan aku busy mahupun malas. Aku tak ingat email ngan password aku arr..maklumlah aku de byk email adress. Bengong kan..Nie pun nasib baik aku terjumpa kertas yang aku tulis email ngn password aku tu haaa time kemas bilik. Kalau tak,memang tak dapat aku nak menulis. Tak ley dah nak syok sendiri..wakaka..Wallaaa..diam tak diam dah nak habiz bulan Februari dah. Waaaa da terlambat nak wish tahun baru 2013. Apa azam aku tahun ni ek? Aku takde azam pun..aku dah penat berazam macam tahun2 sudah tapi tertunainye idak. So taun ni, juz follow the flow..